PUISI : Pesonamu Bonda


SELAMAT HARI JADI!!

Diabadikan buat Budayawan & Sasterawati Bonda Siti Zainon Ismail 
sempena ulangtahun ke 60 pada 18 disember 2009 (1 Hijrah)



Bonda...
Tak pernah benak ku tenggelam
meriak dalam taburan pesona
lewat lirih "Nyanyian Malam"mu
melestari aura bibit remaja
menerjang prahara gentar bercalit duka cinta
mendaki lelah jejak puncak mahameru
yang ternukil lewat polesan nafas mudamu
demi membibit cita

Bonda
"Alam Puisi"mu mengasuh ku melakar
Bertenun impi menyorot harapan
menghela syahdu prosa nan muktahir
bergamit tangan menukil askara demi askara
berterjang tapak-tapak yang kau tinggalkan
agar mampu ku meniti di belakang
menyinambung alur langkahmu
mengorak santun jaya 



Bonda
Terujaku mengaum lewat "Percikan Seni'mu
mengajar ku mendaki puncak estetika budaya
meredah hijau wulangreh bangsa
dengan sahutan bangga berlapang dada
bersama disemai nuansa halus seni berjiwa
di riba simpuhan adat nenek moyang
agar kuhargai tradisi murni nan sati
segenap raga hati

Bonda
perlukah kita menengadah ke langit
mencium aroma wangi pawana
seperti tancapan 'bunga-bunga bulan'mu
melantun puisi jiwa mengkanvas kirmizi
menukil pelangi mengerah mega
membayang sinar raja matahari
agar bekas jejakmu menguasa dunia
tak runtun haus terpadam
diheret latar waktu



Bonda
Kan ku harungi rajut silammu
meracik 'witir sela berapi' yang memurni nafas muda
menyiram luhur 'bunga putik putih' yang kau bibitkan
melaung 'puisi putih buat kekasih' sehela nafasmu
sejurus 'jurai palma' yang gontai dibangga
menyemarak khazanah budi yang kau luhurkan
agar ia tegar bersibak waktu
bersama hasrat nuranimu

Bonda
Moga dijangkau enam puluh tahun
di kemuncak jaya ultah kelahiranmu
membias jasa yang terus bergemerlap
tak lelah mensatriakan seni bangsa
tak lesu mewarga warisan budaya
persis cita yang akrab kau azamkan
sealir semarak darahmu
bersama doaku..


Riesna Zasly 
17 Disember 2009


Moga Bonda 
tetap tampil muda, berpicu tenaga muda & maju melakar karya muda

SALAM MAAL HIJRAH


Merindukan Bulan II

fantasy glitter graphics


Biar berlumut pentas hitam malam
menghapus riak girang di sela tingkahku
kan kulenyer keringat mendoa hadirnya mega
 tanpa mungkin digerah memperduli
sekujur amanat nan disadung raga

Kan ku hembus sepelaung hasrat nurani
biar digesa awan putih menanjak lari menjauh
dari mengkabur kanvas nuansa mata langit
tanpa ku akur akan endah iradat alamnya
meniti pusaran takdir matahari 

Lalu ku gamit alur lesu sang pawana
mengerah kencang menyemi nyawa
hanya kerna jasadku tak ingin terhalang
dari mempapar syahdu kangen nan dijelang
tatkala menantimu

Kerna aku lah sang pungguk gulita itu
yang bergenang sendu cairan bening
mengharap hadirnya bulan...

Riesna Zasly
15 Disember 2009

Roman Heralitus



"However far you go, 
you will never find,
the bondaries of the soul..."

Heraclitus

Estetika Melayu : Kesenian Rodat



Rodat adalah salah satu kesenian rakyat Terengganu. Rodat berasal dari Tanah Arab. Perkataan "Rodat" dalam bahasa Arab bermaksud ; 'ulang-ulik', 'bersahut-sahutan kembali 'atau 'yang menunjukkan lisan berbalas-balas'. Secara kesimpulannya Rodat adalah sebuah tradisi nyanyian yang saling berbalas di antara kumpulan Mak Inang dan kumpulan Orang Menenggak.

Rodat dimainkan dalam tiga buah kumpulan anggota

1) Kumpulan Pertama
= Terdiri lebih kurang 10 orang pemukul Rebana Tar, iaitu sejenis rebana kecil yang dipasang dengan tembaga kercing agar bunyinya menarik.
= Mereka bertugas menyanyikan lagu-lagu iringan untuk kumpulan 2 dan 3.
= terdapat seorang anggota yang dipanggil Tukang Adi yang akan membacakan lagu-lagu Rodat dari kitab Hadrah.

2) Kumpulan  Kedua
= Terdiri lebih kurang 20 hingga 30 orang lelaki yang dikenali sebagai Orang Menenggak.
= Mereka berpakaian seragam melayu, bersongkok hitam, berselempang serta bersampin.
= Mereka berbaris rapi menyanyi sambil menari  seraya bertepuk tangan mengikut irama Rodat.
= kebanyakan lagu berunsur ketuhanan dan islam.

3) Kumpulan Ketiga
= Terdiri dari para penari perempuan yang dikenali sebagai Mak Inang.
= Mereka menari mengiringi kumpulan kedua dan hanya keluar sebagai memeriahkan majlis rodat.



Di antara lagu-lagu penting yang masih digunakan dalam acara Rodat adalah :

ya hayum ya hayum 
(nama tuhan yang menghidupkan)

silatullah 
(hubungan dengan tuhan)

la illa ha illa ya karim 
(tidak ada tuhan melainkan engkau)

ya rasul ya rasulullah 
(wahai rasul, wahai pesuruh Allah)

zikri nabi al mukthar 
(nabi yang terpuji)

Kesenian Tradisi Melayu
Haji Aziz Deraman

Hinduism Mahabrata : The Arrival of Krishna


A mother's word is law,
so Draupadi married all five brothers...

"I knew that you were Arjuna"

"And you must be Krishna. We have never met,
yet i feel that i have known you"


"Perhap," said Krishna
"We have been friends in other lives"

"We will be friends in this life" said Arjuna

"Yes!" said Krishna,
and they embraced 

Petikan "Dialog Reinkarnasi"
Mahabrata

Rimbunan Pertitih Melayu











hendak kaya berdikit-dikit
hendak tuah bertabur urai
hendak berani berlawan ramai
Maksudnya : jikalau hendak kaya mesti berjimat, inginkan tuah haruslah bermurah hati dan hendak berani mestilah selalu mencuba

hendak mara bedill bertubi-tubi
hendak undur gelar sudah besar
Maksudnya : apabila diberi pangkat, hendak menjaga taraf, namun wangtak cukup. hendar undur berasa malu sebab sudah berpangkat

hendak melangkah, kaki pendek
hendak mengapai, tangan tak sampai
hendak terbang tiada bersayap
hendak hinggap, tiada berkaki
Maksudnya : ingin, tapi tak berupaya

hendak menebang, merebahkan
hendak mencencang, memutuskan
Maksudnya : buat kerja ikut cara yang betul

hendak tinggi, terlalu jatuh
hendak panjang, terlalu patah
Maksudnya : ingin tunjuk kaya, langsung jatuh miskin

Pantun & Gurindam
Prof Abdullah Hassan

PROSA : Kembalimu Di Nanti

 

Jangan pernah kau lupa
di sela malam yang bergenang longlai
ada sendu sang dara yang kau tinggalkan
menanti janjimu berutus setia
membekal auramu dengan dian semangat raganya
berliuk tari gemalai sumbu api
meneman gerah langkahmu
saban getir masa 

Jangan pernah kau mungkiri
cinta yang kau geluk lewat batil hatinya
yang pernah kau sirami dengan setulus bening air
yang kau telaten dengan cahya pura swargaloka
lewat raga sasamu berpencak sila
membibit benih citra bahagia
bertunas relungan impi
lewat putih jiwanya

Dan 
Jangan pernah kau leka
ada jasad yang meratap bayangmu berlalu
ada mata yang berkaca melayar dirimu menjauh
bertitip doa restu 
berzikir garapan amanat
tergapai tangannya yang sayu terkulai
menanti mu kembali
berpamit redha  

Riesna Zasly
13 Disember 2009


Tatkala Kau Ungkapkan Cinta

i love you glitter

Japanese Toshiro : "Korban Cinta"



"Kita sering berhasrat membuat suatu gerak-geri yang bererti untuk kekasih yang kita cintai, serta memberi erti pada segala gerak-gerinya, walaupun kadangkala segalanya itu tidak mempunyai erti sama sekali"

Toshiro W. (1986)
'Jurney Of love'

Estetika Melayu : Nyanyian Tradisi Rakyat


Lenggang-lenggang kangkung
kangkung makan ulat
tarik kain kelubung
nak tengok gelang bulat

Lenggang-lenggang kangkung
kangkung tepi telaga
tarik kain kelubung
nak tengok gelang suasa



Roti sudah masak
taruh dalam talam
panggil ibu bapa
baca doa salam

Anak lembu merah
tambat pokok asam
budak kena marah
tarik muka masam 

"Nyanyian Tradisi Melayu"
Wan Ramli Wan Mohamad

E-NOVELA PRAHARA LARAS SATI


 i love you glitter
   
Petikan "Terlihat Cinta Di Matanya" 


“Maria dengar tak abang cakap tadi. Abang lapar lah, sayang!”

Ardi membisik lembut ke kuping telinga maria. Begitu rapat hingga bibir yang berkumis rapi itu menyentuh lembut kuping telinga Maria. Maria merinding kegelian seraya tertawa-tawa. Kebetulan hanya mereka berdua sahaja yang menghuni lif mewah itu. Ardi mengeratkan tubuhnya pada maria. Sekilas dikucup lembut leher maria. Maria mengelak manja.

“Abang nak makan apa nanti?”

"Abang nak makan maria dulu!”

Tak semena-mena ketawa maria meledak. Gurauan ardi itu benar-benar membuat dia geli hati. Dia mengerti gelojak batin yang terpendam pada diri ardi. Memahami kerinduan lelaki itu yang memuncak padanya. Malah dia juga akui amat mengidam kehangatan dari tubuh ardi. Mengimpi kemesraan yang mampu menempiaskan nafsu mudanya yang bergelora.






“Gatal!"

Maria memukul lengan ardi manja. Tangannya turut cuba mencuit geram pada pipi lelaki berkumis itu membalas usikan. Ardi pantas mengelak lalu menangkap jari-jemari mulus itu. Dibawa ke bibirnya lantas dicium mesra. Maria merengek manja. Dibiarkan jari-jemarinya disentuh kehangatan bibir ardi. Matanya memejam keseronokan.

Ardi memimpin tangan maria keluar dari perut lif yang terbuka setelah tiba di lokasi aras yang dituju. Melangkah gontai ke arah bilik yang ditempah buat mereka. Tangannya menyeluk saku seluar lantas mencapai kad hotel yang berupa alat imbasan pintu. Membuka pintu kamar mewah itu perlahan-lahan seraya membuka lampu.  

Dipeluk pula tubuh mongel maria lalu memikulnya masuk ke dalam kamar. Maria hanya membiarkan tubuhnya dipikul. Matanya dipejam erat seakan menikmati kasihsayang itu setulus hati. Tangannya memaut leher ardi manja. Menjelajahkan jari-jemarinya ke dada sasa lelaki itu bersama nafsu yang mulai bertunas. Mereka ketawa bersama seraya tenggelam dalam lautan asmara ciptaan mereka di kamar mewah itu. 

Kunjungi BLOG E-NOVELA ini untuk cerita selanjutnya...

 E- Novela Riesna Zasly
PRAHARA LARAS SATI  
www.riesnazaslynovela.blogspot.com


Mme De Zoulna : "Sketsa Cinta"

 
"Tidak ada perbuatan yang paling kejam di dunia, selain memaksa seseorang untuk mencintai kita"

Mme De Zoulna
'Beauty of Love'

Estetika Melayu : Pantun Nyanyian Rakyat

 

Putik-putik bongor
buat gulai ikan sepat
bila turun angin timur
orang bujang melompat

Tangguk tangguk udang
udang dalam kuali
bujang sama bujang
orang lain apa peduli

 

Buah lakum masak merkah
anak kijang kait galah
datang hukum dari mekah
orang bujang suruh bernikah 

Petikan 'Nyanyian Tradisi Melayu' 
Wan Ramli Wan Mohamad

Estetika Melayu : "Balai Adat Lampung"



"Tatkala kamu menginjak kaki di bumi setapak, bererti kamu adalah penerus anak Adam, janganlah menyiksa dan jangan menyusahkan, kerana kita adalah bersaudara, jika yang dikehendaki diakhiri perjanjian kena disumpah Raja Gemulung di puncak Gunung Mahameru, yang pusatnya Laut Hitam Kati pulang muabar, hu hak..."

Mitos Hindu-Islam, adat istiadat Daerah Lampung
Balai Adat Lampung DPDK 1980

PROSA : Mengorak Impi


Mungkinkah dapat di kelam
lewat mata bundar nan lirih
rahasia duka yang berbinar sayu
mengusik peterena hati
menyentuh nurani rasa ?

Kau renung tinggi ke mega angkasa
kau tekur tak berkutik leka
persis mencari-cari jejak Nur di sana
memohon dilimpahi cahya bening kasih
menerang kelam kotak hayatmu
menghindar naungan mendung 
mengapai cerah

Kau jejak erat pautan kakimu
kau cengkam kemas tapakmu ke leluhur tanah
seakan tegas takkan beralih langkah
hasratmu biar terus hayatmu berpijak
niatmu agar nuansa girang utuh dibatil
menangkis jauh hadirnya nelangsa
menggenggam citra

Lantas...

Mungkinkah kau berkamit impi
meratap hadirnya swargaloka 
lewat simpuh ragamu nan suram? 

Riesna Zasly
10 Disember 2009

KADO BUAT SAHABAT V


 

 

Rimbunan Petitih Malayu II







  
bergalah ke hilir, tertawa buaya
bersuluh di bulan, tertawa harimau
Maksudnya : Perbuatan bodoh ditertawakan orang

benang jangan putus
tepung jangan terserak
Maksudnya : berhati-hati apabila menyelesaikan masalah rumit, supaya semua selamat

berketak ayam di darat
bersenyap-senyap mutiar di laut
Maksudnya : Orang bodoh suka menunjuk apa yang dibuatnya, orang bijaksana lebih suka berdiam diri sahaja








berlayar bernakhoda
berjalan dengan yang tahu
berkata dengan yang pandai
Maksudnya : Kerja besar hendaklah dipimpin oleh orang yang pakar supaya selamat

bermimpi mendapat emas
tidak akan berbuat pura
tidak akan membuat lombong
Maksudnya : Setakat mimpi tidak ada kesannya, melainkan diusahakan.

bersesak berundur-undur
hendak lari malu
hendak menghambat tidak lalu
Maksudnya : Pura-pura melawan, walaupun sebenarnya sudah tak sanggup lagi

"Pantun & Gurindam Melayu"
Prof Abdullah Hassan

Dekapan Manis


Radchiffe Brown : "Menginjak Tawarikh"



"Dalam sejarah agakan, kita mempunyai pengetahuan secara langsung   tentang sesuatu keadaan yang wujud pada sesuatu ketika dan tampat, tanpa   pengetahuan yang cukup tentang keadaan dan peristiwa yang terdahulu akan   menyebabkan kita terpaksa membuat agakan tentangnya."

Radchiffe A R (1980)
Terjemahan Abdul Razak Yahya, DBP Malaysia