KLIK!
Mataku berkelip-kelip
Tidak mahu terpejam
Sekilas wajahnya membayang
Selimbas senyumnya mengambang
Hatiku jadi rindu
Rindu bagai mau mati semahunya
KLIK!
Wajahku di potret diimbas-imbas
Cantikkah aku?
Indahkah rupaku?
Layakkah aku,
Disisi dirinya yang tampan itu
Aduhai!
Hanyut pula memuji diri
Hatiku ber astaga
Rindu bagai membuai leka semahunya
KLIK!
Ku khayal dirimu,
Dalam cita hati
Ku angan diriku,
Dalam pelukan jati
Aduhai!
Tingginya harapan!
Segalanya kosong
Menyarat cepu kepala yang juga kosong
Astaga!
Takutnya kalau jatuh gemulang kecewa nanti
KLIK!
Apa kuasa mu?
Apa pesona mu?
Hingga jadinya aku mau gila padamu
Di sihirkah?
Diguna-gunakah?
Aduhai!
Yang pastinya aku kangen
Mengimpi kasih yang menyandin
KLIK!
Aku cuba lupakan
Aku cuba lepaskan
Kata cinta bersarang mimpi itu
Ku tahu dia bukan takdirku
Malah tak mungkin
Kasihan!
Bayangnya kian mengabui
KLIK!
Ku ingin bertabur tangis
Ku ingin berdekah tawa
Lucu pula bila jatuh cinta
Namun seberkas sukar,
Tuk mengimpi milikmu
Oh tuhan! Lenyapkan dia,
Dari kalbuku
KLIK!
Kucuba pejamkan mata
Rehatkan hati!
Tenangkan jiwa!
Namun auramu semakin menggoda
Tuhan! Apakah ini?
Lenyapkan ia dari nyawaku Tuhan!
Dia bukan untukku!
Jangan gulakanku dengan egonya
KLIK!
Tuhan!
Buangkan dia!
Luputkan citranya,
Dari elusi mata kalbu ku
Pastinya ku tahu,
Cinta yang lain
Pasti terlahir untukku
KLIK!
Eh! Terbayang lagi
Oh Tuhan!
Astaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan