Antara karya terawal pada tahun 1995
Di sudut matamu
Membundar segala rahsia
Apa yang harum
Apa yang tersira
Lewat hatimu yang bersih
Seputih kembang melati
Di ruang matamu
Menyeri suatu harapan
Ada yang jernih
Ada yang lengket
Akan dipaut dengan terangkai
Hati nan satu
Di kelopak matamu
Mengerdipkan sebuah perlindungan
Akan ada cinta
Akan ada kemesraan
Menyerlah sinar kasih
Terabadi nan syahdu
Di saujana matamu
Merenungku seribu nada
Kau tetap milikku
Ku anugerah untukmu
Meniti hari yang belum pasti
Tentuan girang suramnya
Dan di peritian mataku
Dan di peritian mataku
Tergenang air-air nan bening
Ada rasa haru
Punya hati yang pilu
Di kala ku tahu
Hati kita kian bersatu
Diantara matamu dan matamu
Tersisa segerah pengertian
Kasih kita adalah rahsia
Cinta kita hanyalah berdua
Biarpun hanya mampu terbaca
Lewat mata kita yang mempelita
RIESNA ZASLY
23 March 1995
23 March 1995
Himbauan kenangan Base A-Droit (First Touch)
Architecture Class of 1991
Universiti Teknologi Malaysia
Architecture Class of 1991
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor