Memaparkan catatan dengan label SANGGAR SENI BONDA SITI ZAINON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANGGAR SENI BONDA SITI ZAINON. Papar semua catatan

Sisipan "Relung Cahaya"


Ada garis cahaya yang jatuh
di bawah langit-NYA
seorang pendeta dialah guru yang baik
terlalu pintarlah ia
hingga menutup dirinya, sekian lama
tapi kau tahu cahaya itu
dia yang menjatuhkan cahaya itu
dari bintang dari bulan dan suria
mereka menyanyi, mereka menari
pendeta itu berjalan dengan kepala
aduh, ia menangisi nasibnya
didengarnya kembali degup sukma
air sungai mengalir, menetuk dinding
rohnya
ada yang datang bersama sejuk sungai
dan bayang cahaya
yang memberikan kelembutan
dan cinta....

Penghargaan Kenangan
Bonda Siti Zainon Ismail
Bunga Putik Putih
1990

DELIMA RANTING SENJA : Bintang Kejora


BINTANG kejora sudah terbit
di fajar berpantai bersih
angin timur berbisik jauh
sejuta impian sudah tiba
membawa pesan orang gunung
naikkan bendera
naikkan bendera
inilah lagu bintang kejora
mari berpimpin tangan
melaung rindu kemanusiaan




 Delima Ranting Senja (M/S 135)
Bonda Siti Zainon Ismail

DELIMA RANTING SENJA

Dari bangsa yang dirundung duka
bangkit jiwa pejuang mempertahankan pusaka
dan hak dalam dunia tadbiran si maharajalela perkasa
hanyalah dibawah takluk kehendaknya

Biar puluhan tahun
ratusan tahun darah tumpah
mengalir menjadi sungai derita
jiwa pejuang takkan kering-kering
kerana selagi ada hujan yang melebat
pasti gilir gerimis dan sidangnya suasana

Pengarang : Bonda Siti Zainon Ismail
Penerbit : Utusan Publisher
M/Surat : 499
Terbitan : 2009

PSS : baru habis membaca sebuah karya terbaru Bonda Siti ... menekuni setiap bait serta mesej yang tersirat disebalik keindahannya... amat mengagumkan... banyak yang dapat dipelajari dari hasil bermutu ini... para penulis muda wajar mendapatkannya sebagai koleksi peribadi...

Bonda Siti Zainon - "Keretapi Senja"



Di restoran
aku makan malam
bersama salad dan timun cuka
air limau tanpa ais
di luar hujan gerimis
keretapi senja panjang rambutnya
menari dan leka menari
liuknya memamah pekat malam
membelah rimba
dan suara anak-anak Cirebon
meminta-minta

Di restoran
seorang tua yang mengantuk, mimpi
memuja pemaisuri
senyum padamu
bila suara itu tiba, akulah yang menyahut
rambutnya bagai bunga paku
kulitnya hitam berbulu
pasti Ambon pulaumu
huh!

Yaa...
dua suara bersatu dalam tempik keretapi senja
lalu kita tinggalkan gemanya di lembah
pabila binaria meneriaki
dan kau bertanya sesuatu
bisa
bisa


Yaaa?
dari pagi ke pagi
canda ditinggal basa
duh, pengembara turun dari gunung
bercerita tentang pantai mutiara
kakaktua melaungi kita
suara seluruh maya
memanjat pundak
dari timur dia datang
dari utara menerkam
di selatan - darah telah hanyir
serta banjir air mata
pekikan sama
papa,

Papa
dimana kau mengungsi
pada cintabirahi
ada mimpi melempar pesan
teluk kemang mengapai
di situ cinta kita tersadai
lalu tibalah kabarmu
udah jadi pendeta
di rumah gunung itu
masih kakaktua meneriaki namaku? 

Ngadinegaran, Yogyajakarta 1974
Petikan "Senandung Malam"
Bonda Siti Zainon Ismail

Bonda Siti Zainon - "Bahasa Dunia"



Tiada akar yang harus dibanggakan
sebagai panji
diri




Cuma
barangkali
kita anak dunia
memanaskan darah ayah
di lautan hindi
mengoncangkan kasih mama
di lautan cina




Tanahairku
di pulau kecil ini
telah tegak anak jati
berbahasa dunia! 

=bicara edwin thumboo singapura 

Petikan "Bunga-Bunga Bulan"
Bonda Siti Zainon Ismail 1985

Seminar Peradaban Melayu


 
Menjemput kerabat SANGGAR SENI BONDA SITI ZAINON  serta Penggemar seni budaya untuk menghadiri program seperti berikut

Subjek : SEMINAR PERADABAN MELAYU
Genre : membicara adap, adat & pemikiran tamadun melayu
Anjuran : UPSI
Pengerusi : Dr Prof Emeritus Abdullah Hassan
Tarikh : 23hb hingga 24hb  November 2009
Lokasi : Dewan Bahasa & Pustaka
Yuran : RM 50 sahaja 

Bonda Siti Zainon Ismail akan berucap untuk kertas kerja "Adat & Adap Gaya Berbusana Melayu" pada pukul 12 tengahari  

Berminat, hubungi ruang Facebook SANGGAR SENI SITI ZAINON

Bonda Siti Zainon - "Siti Dewi"



Ini embun lahir
dari nafas
sesak
pada hangat pertemuan
bagai perpisahan
dalam pentomen ini
pada mimpi yang jauh
menemukan
hakikat
nikmat
mukjizat


Kekasih
kota ini menemukan semula
rindu itu
pelabuhannya membawa luka lama
muaranya adalah derita yang tak kufahami
kerana dari segala kehebatan
lancarnya cerita dalam Ramayana
atau mak yong yang kita lakonkan
telah lahir


Demikian cinta
pada diri yang terlalu kerdil
mengira segala keutuhan
yang setia memendam
rindu malam
pada gamelan persembahan
gerak dan langkah
Siti Dewi
wujudkan cintamu
di setiap kasih bumi ini 

Petikan "Senandung Malam"
Bonda Siti Zainon Ismail
Ogos 1974

Bonda Siti Zainon - "Tari Mak Nang"



Kaki tercampak lenggang
gong bergema
kita melayah
ruang penghadapan bergetar





Dari jauh kini
gema gamelan bagai disembunyikan
istana kianmenyepi
phon beringin tua di muka jalan
juga telah dirahsiakan
jalan ke istana lama"

Petikan "Percikan Seni"
Bonda Siti Zainon Ismail

Bonda Siti Zainon - "Pola Tradisi"

Terkulai balai
seperti denai menanti lawan
seperti sulur bermain angin
tahu langkah menugal kacang
paling ke kiri
paling ke kanan
paling ke hadapan,
tarik senyum
senyum serdang pati
mari manikam ratna sekebun
bagai arna dikarang
manihi mulut seri rama
macam gula dari gua 

Petikan "Percikan Seni"
garapan 1958

Bonda Siti Zainon - "Ziarah Sajakku"


Dakaplah puncak si kembar
Sendoro-Sumbing
Di celah mata air Serayu
pertemuan membersit di Klawing

Tibakah kau
Di ziarah hijrah
Kepulan wap larong sesaji
Di malam selasa kliwon
Syukur dan berkah
Taupi aku

Wahai wlandang japlak
Kitakah dari benih yang sama
Adam Hawa
Menyatu gelombang air
Menggebu ke kolam saksi
Di jagat luas ilahi!

Pertemuan Penyair & Penggemar Seni


ACARA SANTAI BERSAMA BONDA


TARIKH  :  7hb November 2009 (Sabtu)
MASA  :  5 petang hingga 11 malam
LOKASI  :  Dataran Shah Alam, 
Shah Alam, Selangor

Bertemu & berbual puisi, mendapatkan info terkini 
serta memiliki karya (baru &  lama)
karya Bonda Siti Zainon Ismail

Daftarlah untuk Ahli SANGGAR SENI SITI ZAINON
di Facebook

sekilas promosi

Bonda Siti Zainon - "Seloka Si Tanjung"


"Kala batanghari dan musi...
ditinggali jauh...
bayang mentari tinggal setapak...

Kala panglima tinggalkan seluk akhir...
hanya jejak di celah ukiran purba...
betapa Datuk Hitam mengurai kecewa...
di mata Puteri Sela....

Masih menanti di sana....
antara sedu harap dara Jambi...
sang Puteri Pinang Masak....
atau sedu mimpi Putri Bongsu....
sampaikah Panglima Tunggal?


Kalau tiba angin...
memecah buih Laut Sedidih...
telah kembang sayap senja....

Kalau aku muara...
dijentik gelepar sedih...
dari bahtera sarat lara....

Kau kah tanjung...
masih di sana....


Masih di sana?


Petikan "Bunga Putik Putih"
Bonda Siti Zainon Ismail

Bonda Siti Zainon - "Rukmini"



Yang bisa menakluk segala kasih sayang
yang mempesonakan Ratih puteri
dan segala perempuan
di padang bersih


 

Yang membenihkan cinta pada lapangan
dan lurah dalam
yang menakluknya dengan nafsu
dan goda
yang menarongkan kecintaan
dan kenikmatan tanpa puas


 

Tapi dialah ibu yang lebih segalanya
dialah cermin tangkai hati
menara di puncak
taman tergantung
yang memberikan kesihatan
dan kemuliaan

Seri Padma 1984
Petikan "Bunga-Bunga Bulan" 
Bonda Siti Zainon ismail 

sebuah garapan epik Ramayana Sita Dewi

ULAS BUKU : Alam Puisi (Ilmiah)


"Seribu Satu Pengembaraan Nukilan Puisi"

Pengarang : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Terbitan : 1994
Hlmn : 234 m/surat
Genre : Ilmiah

ULASAN

Buku "ALAM PUISI" ini lontaran pemikiran kesinan Bonda Siti Zainon Ismail yang menyatukan pengalamannya, ketika beliau diundang, dan mengunjungi sesuatu kelompok masyarakat seni khususnya dalam puisi. Beliau telah mengadakan perjalanan dengan rasa keinsafan bahawa ilmu seni itu milik bersama

"Melukis bentuk di air...
Pohon mencipta bayang...
Kuning tembaga siang...
Memetik sinar kecapi...
Mengenali cipta-Mu abadi!"

Sebagai seniman, beliau selalu melihat sesuatu berdasarkan gerak batini, cepat tersentuh nadi kreatif. Sebagai sarjana, beliau harus belajar mengkaji, menulis dan memperkatakan melalui pelbagai pendekatan ilmu. Pendekatan yang sebati dalam dirinya ialah tradisi budaya, kesinambung sejarah serta estetika melayu.


Diantara bab-bab yang terkandung :
+ Esei "Alam Puisi" oleh Bonda Siti Zainon Ismail yang pernah memenangi hadiah sastera
+ Perbualan puisi : Catatan tentang keinginan jiwa dan kesedaran manusia
+ Puisi-Puisi Desa & Kota : Pernyataan dan perucapan murni penyair terhadap alam dan masyarakar
+ Puisi sebagai Pengucapan : Peribadi dan budaya
+ Sorotan Puisi : Dicelah cinta peribadi dan manusiawi
+ Keindahan Abadi : Puisi pengembara sang waktu
+ Baca Puisi : Menghayati sukma penyair
+ Penyerlahan para pujangga puisi : Penyair muda, penulis kedah, sejarah penyair wanita (hawa), puisi kanak-kanak, marzuki ali / lia, sahabat penyair malaysia, pujangga arab (Hafiz & Shiraz), sasterawan negara dan lain-lain lagi
+ Edisi kembara "Perjalanan Bonda di SEA Write Award 1989

"Sejak dulu wajah wanita bagai matahari...
Dia bersinar...
Tetapi menjelang senja ia menghilang...
Wanita dipuja...
Tetapi serentak juga dicaci maki...
Disamping dia tumbuh dan membina kewujudannya...
Ia juga kerap tenggelam dicelah bayang-bayang lelaki...
Dia kerap dilindungi...
Tetapi juga diperas tenaga dan rohnya..."

PSS : Saya memiliki buku berharga ini pada tahun 2007... ketika itu sedang mencari madah-madah indah untuk kertas kerja berunsur kecantikan & kosmetik bagi penyertaan sambutan TAPAK NILAS KARTINI di Konsul Konsulat Indonesia Johor Bahru... lantas saya terperangah... ternyata ia lebih berharga dari madah yang saya cari... dan tanpa sedar, ia amat berguna bagi saya dikemudian harinya...

Kini, ia jadi handbook saya... seperti kamus pujangga sastera... semua yang berkaitan tentang falsafah puisi lengkap di dalamnya... bersama gambar-gambar photo & sketsa yang indah nukilan Bonda... juga rapi dengan pendidikan puisi yang sarat.... saya menimba ilmu melaluinya... 


"seribu madah, seribu puisi indah, seribu ilmu puisi dan seribu kembara puisi"

Ia lengkap... bagi yang sedang mendalami asas sastera dan penukil puisi, buku ini harus dimiliki... sangat-sangat berharga...

Bonda Siti Zainon - "Wasiat Burung"


Burung ke berapakah
menjatuhkan biji benih
hingga taman kembali subur
ketika hujan-MU gugur

Bangun dia memetik sayur di kebun
disapunya keringat mentari awal musim
dituainya tanaman
bekal sekurun! 

"Bunga-Bunga Bulan"
1984

Bonda Siti Zainon - "Jendela"



Jendela dan pintu
di depanku
sebuah kamar ungu
bersama siput
dalam kemilau rerumput
memberi salam setiap pagi


Bila Broery menyanyi
ku turut suara itu
mimpi sedih
dan di manakah janji?
jendela pada ketawa
bersama cendawan pagi
-ah' kau terlalu sentimental



Benar!
kenari menyenyitkan mata
dia rindu pada seorang pengembara
yang datang tiba-tiba
pergi setelah mencipta
'Borobudur cinta'

Desember 1973
Petikan "Nyanyian Malam"
Bonda Siti Zainon Ismail

Alam Puisi Bonda


 BUKU KOLEKSI PUISI 
BONDA SITI ZAINON ISMAIL 
Sebuah nukilan khas

Seorang teman bertanya kepada saya, 'Apakah sejarah dunia karya puisi saya?"... juga "Dalam ratusan buku koleksi saya, buku puisi apakah yang paling saya senangi?". Pertanyaan demi pertanyaan itu mencetuskan laman ini... inilah di antara buku-buku puisi yang di simpan berpuluh tahun lamanya... dijaga dengan baik... dibaca dan dihayati berulang kali... sering menemani ke mana-mana juga... selain kegilaan saya pada lintang sugiarto & Djenar maesa ayu... saya paling senangi puisi BONDA SITI ZAINON ISMAIL...

NYANYIAN MALAM

Buku kumpulan puisi pertama Bonda Siti Zainon Ismail. Mengandungi hampir 40 puisi indah yang dibahagikan kepada 3 kategori : Nyanyian Malam, Pertemuan itu & Perempuan ku... terbitan pertama oleh DBP (1976) dan terbitan kedua oleh GALERI MELORA (2004) (saya punya yang ini). Mengandungi puisi dan sketsa untuk tahun 1972-1975 dimana saya masih belum dilahirkan lagi... antara puisi terkenal yang ada di dalam buku ini ialah : Puisi PROFIL CINTA, puisi MALAM BUNGA RAMPAI, puisi JENDELA dan puisi DEMIKIAN FANA (di antara saya suka dan dipuji hebat oleh para penggemar sastera)

BUNGA-BUNGA BULAN

Buku koleksi puisi yang merupakan paling disayangi saya. Hadiah dari 'nay'. Koleksi puisi pertama yang menjadi milik saya. Ia diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd (1992). Ia merupakan koleksi sketsa, photografi dan puisi paling lengkap untuk mengenal BONDA SITI ZAINON ISMAIL. Mempunyai hampir 80 puisi indah lengkap dengan sketsa bersama photo yang indah. Menghayatinya seolah-olah kita mengembara ke alam puisi bersama-sama beliau. Ia dibahagikan pada empat kategori bab puisi iaitu ; Sketsa Sahabat, Bunga-Bunga Bulan, Permandangan Kebun & Cerita Seorang Seniman. Buku puisi yang paling hebat untuk di miliki dan mengajar kita erta sebuah persahabatan dibalik kemanusiaan sejabat. Antara puisi yang terkenal yang dikandung ialah : puisi ANTARA CELAHAN GERAK (my favourite), puisi BULAN TERPANGGANG & banyak lagi.

WITIR SELA MERAPI

Koleksi ketiga yang menjadi pilihan saya. Dibeli melalui laman web UJANAILMU (milik nisah haron). Buku puisi yang paling mahal yang saya miliki setakat ini. Harga termasuk kos penghantarannya melebihi RM50.00++. Witir Sela Merapi ini mempunyai hampir 50 buah puisi yang berbentuk pengembaraan ke alam nusantara yang penuh pesona. Terdapat gambar photo dan sketsa indah juga di dalamnya. Seperti sudah menjadi mercu tanda Bonda Siti Zainon di setiap buku puisinya (puisi + photo + sketsa). Ia juga mempunmyai kategorinya yang tersendiri iaitu Perawan Bulan Yogya, Jenang Borobudur & Witir Sela Merapi. Di buku ini, sketsanya paling cantik dan elegan. Susunan halamannya juga menarik. Di antara puisi-puisi terkenal yang terkandung di dalamnya ialah : puisi JENANG BOROBUDUR (my favourite), puisi SUMUR PUTERI, puisi ARJUNA DI KAMAR, puisi WITIR MERAPI, puisi ZIARAH SAJAKKU dan banyak lagi.

 PSS : Dikala 'nay' memberitahu yang dia kenal Bonda Siti Zainon, saya fikir nay hanya bergurau. Tapi tatkala Mdm Shirley (teman nay) di Singapura juga berkata perkara yang sama, saya terkejut besar. Rupa-rupanya nay, auntie  & bonda ada sejarah persahabatan yang berlangsung lama di mancanegara. Auntie Shirley yang memberi laman blog bonda kepada saya. Dan itulah awal pengenalan kami. 

Yang paling saya bangga, diantara "sahabat-sahabat lama' ini, nay sudah tak berkarya lagi, auntie juga sudah bersara, namun bonda masih teguh berkarya naik lagi dan lagi. Menjadi sasterawan, budayawan sekaligus Pengkaji sejarah. Amat hebat! sekarang baru saya mengerti kenapa nay menghadiahkan buku "BUNGA-BUNGA BULAN" pada saya hampir berbelas tahun yang lalu. Rupa-rupanya pemberian itu ada makna.

Untuk teman-teman, ketiga-tiga buku ini wajar dimiliki kerana ia dapat membantu kita berkarya dengan baik, terutamanya dalam menggarap puisi-puisi indah... carilah peluang untuk memilikinya... mungkin sukar hendak mendapatkan ia di pasaran, tapi saya pasti masih ada... Berusahalah... selain untuk menjadi panduan penulisan, ia juga mengajar erti pengajaran kemanusiaan yang sebenar-benarnya.

Selain ini, saya juga ada karya lain milik Bonda Siti Zainon Ismail :

* ALAM PUISI
* PERCIKAN SENI
* PUISI PUTIH BUAT KEKASIH
gambar-gambar Bonda Siti Zainon diambil dari ruang Facebook beliau

Bonda Siti Zainon - "Jenang Borobudur"

kau hulur jarimu ke lubang kubah... entah siapa pula menyambut dingin jemari...
matahari memang di tengah puncak...
keringatmu... dan harum dupa menyengat... seperti Gautama.... yang meninggalkan istana.... padma tetap di kolam setia.... jangan ditanya.... doa apakah terlontar... di puncak sana.... Bonda Siti Zainon Ismail (1987) Petikan "Witir Sela Merapi"

Bonda Siti Zainon - "Bunga Akhir"

KU bentang sejadah malam...
imam belum pulang...
tapi sayap-sayap kapas....
malaikat hangat....
jauh di sana....
dimas permadi....
tangkap lah....
si maling puteri....
sebelum aku pergi !

14 november 2003
Petikan dari "Witir Sela Merapi"
Bonda Siti Zainon Ismail

Bonda Siti Zainon - "Antara Celahan Gerak"

KITA kumpulkan warna,
dengan serinya...
kita susun cahaya,
dalam ruang...
letakkan getar,
menjadi gerak terurai....
dari bau terdekat...
mengkhabarkan yang semu...
dari jalinan rimbarasa tak terkata...
kerana titis kuning-jingga,
berubah zamrud...
atau biru nila menjadi cerah surya...
bukit lalang pun menjadi gua,
menyembunyikan khazanah cinta...

November 1980
Bonda Siti Zainon Ismail
"Bunga-Bunga Bulan"

PSS : Seorang teman pernah bertanya , puisi apa yang paling saya sukai... Saya ketawa... Semasa saya berumur 14 tahun, saya amat gemarkan puisi "Antara Celahan Gerak" ini... saya salin ia di dalam sebuah kad manila berwarna oren... potong sehingga menyerupai sebuah penanda buku... lalu sering saya bawa bersama buku yang saya baca ke mana-mana saya pergi...

Yang kelakarnya, semasa itu saya tak tahu pun apa itu puisi... makna puisi itu pun  saya tak faham langsung... bonda siti zainon pun saya tak pernah kenal tika itu... namun entah mengapa susunan katanya agak menarik bagi saya yang ketika itu masih 'cilik' benar.... kosakatanya lebih berupa lirik lagu romantis bagi saya barangkali...saya suka... selain menghimpun gambar-gambar dan lirik lagu penyanyi Hetty Koes Endang yang menjadi idola saya ketika itu... hahaha kelakar kan!

Paling tak dilupa, semasa mendeklamasikan ia sepenuh jiwa semasa di UTM skudai pada tahun 1994... di majlis bersama teman-teman di Fakulti Alam bina...    

Dan penanda buku itu masih tersemat di simpan di diary saya pada tahun 1990an... sehingga ke hari ini...