Alam Puisi Bonda


 BUKU KOLEKSI PUISI 
BONDA SITI ZAINON ISMAIL 
Sebuah nukilan khas

Seorang teman bertanya kepada saya, 'Apakah sejarah dunia karya puisi saya?"... juga "Dalam ratusan buku koleksi saya, buku puisi apakah yang paling saya senangi?". Pertanyaan demi pertanyaan itu mencetuskan laman ini... inilah di antara buku-buku puisi yang di simpan berpuluh tahun lamanya... dijaga dengan baik... dibaca dan dihayati berulang kali... sering menemani ke mana-mana juga... selain kegilaan saya pada lintang sugiarto & Djenar maesa ayu... saya paling senangi puisi BONDA SITI ZAINON ISMAIL...

NYANYIAN MALAM

Buku kumpulan puisi pertama Bonda Siti Zainon Ismail. Mengandungi hampir 40 puisi indah yang dibahagikan kepada 3 kategori : Nyanyian Malam, Pertemuan itu & Perempuan ku... terbitan pertama oleh DBP (1976) dan terbitan kedua oleh GALERI MELORA (2004) (saya punya yang ini). Mengandungi puisi dan sketsa untuk tahun 1972-1975 dimana saya masih belum dilahirkan lagi... antara puisi terkenal yang ada di dalam buku ini ialah : Puisi PROFIL CINTA, puisi MALAM BUNGA RAMPAI, puisi JENDELA dan puisi DEMIKIAN FANA (di antara saya suka dan dipuji hebat oleh para penggemar sastera)

BUNGA-BUNGA BULAN

Buku koleksi puisi yang merupakan paling disayangi saya. Hadiah dari 'nay'. Koleksi puisi pertama yang menjadi milik saya. Ia diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd (1992). Ia merupakan koleksi sketsa, photografi dan puisi paling lengkap untuk mengenal BONDA SITI ZAINON ISMAIL. Mempunyai hampir 80 puisi indah lengkap dengan sketsa bersama photo yang indah. Menghayatinya seolah-olah kita mengembara ke alam puisi bersama-sama beliau. Ia dibahagikan pada empat kategori bab puisi iaitu ; Sketsa Sahabat, Bunga-Bunga Bulan, Permandangan Kebun & Cerita Seorang Seniman. Buku puisi yang paling hebat untuk di miliki dan mengajar kita erta sebuah persahabatan dibalik kemanusiaan sejabat. Antara puisi yang terkenal yang dikandung ialah : puisi ANTARA CELAHAN GERAK (my favourite), puisi BULAN TERPANGGANG & banyak lagi.

WITIR SELA MERAPI

Koleksi ketiga yang menjadi pilihan saya. Dibeli melalui laman web UJANAILMU (milik nisah haron). Buku puisi yang paling mahal yang saya miliki setakat ini. Harga termasuk kos penghantarannya melebihi RM50.00++. Witir Sela Merapi ini mempunyai hampir 50 buah puisi yang berbentuk pengembaraan ke alam nusantara yang penuh pesona. Terdapat gambar photo dan sketsa indah juga di dalamnya. Seperti sudah menjadi mercu tanda Bonda Siti Zainon di setiap buku puisinya (puisi + photo + sketsa). Ia juga mempunmyai kategorinya yang tersendiri iaitu Perawan Bulan Yogya, Jenang Borobudur & Witir Sela Merapi. Di buku ini, sketsanya paling cantik dan elegan. Susunan halamannya juga menarik. Di antara puisi-puisi terkenal yang terkandung di dalamnya ialah : puisi JENANG BOROBUDUR (my favourite), puisi SUMUR PUTERI, puisi ARJUNA DI KAMAR, puisi WITIR MERAPI, puisi ZIARAH SAJAKKU dan banyak lagi.

 PSS : Dikala 'nay' memberitahu yang dia kenal Bonda Siti Zainon, saya fikir nay hanya bergurau. Tapi tatkala Mdm Shirley (teman nay) di Singapura juga berkata perkara yang sama, saya terkejut besar. Rupa-rupanya nay, auntie  & bonda ada sejarah persahabatan yang berlangsung lama di mancanegara. Auntie Shirley yang memberi laman blog bonda kepada saya. Dan itulah awal pengenalan kami. 

Yang paling saya bangga, diantara "sahabat-sahabat lama' ini, nay sudah tak berkarya lagi, auntie juga sudah bersara, namun bonda masih teguh berkarya naik lagi dan lagi. Menjadi sasterawan, budayawan sekaligus Pengkaji sejarah. Amat hebat! sekarang baru saya mengerti kenapa nay menghadiahkan buku "BUNGA-BUNGA BULAN" pada saya hampir berbelas tahun yang lalu. Rupa-rupanya pemberian itu ada makna.

Untuk teman-teman, ketiga-tiga buku ini wajar dimiliki kerana ia dapat membantu kita berkarya dengan baik, terutamanya dalam menggarap puisi-puisi indah... carilah peluang untuk memilikinya... mungkin sukar hendak mendapatkan ia di pasaran, tapi saya pasti masih ada... Berusahalah... selain untuk menjadi panduan penulisan, ia juga mengajar erti pengajaran kemanusiaan yang sebenar-benarnya.

Selain ini, saya juga ada karya lain milik Bonda Siti Zainon Ismail :

* ALAM PUISI
* PERCIKAN SENI
* PUISI PUTIH BUAT KEKASIH
gambar-gambar Bonda Siti Zainon diambil dari ruang Facebook beliau

Tiada ulasan: