Bonda Siti Zainon - "Siti Dewi"



Ini embun lahir
dari nafas
sesak
pada hangat pertemuan
bagai perpisahan
dalam pentomen ini
pada mimpi yang jauh
menemukan
hakikat
nikmat
mukjizat


Kekasih
kota ini menemukan semula
rindu itu
pelabuhannya membawa luka lama
muaranya adalah derita yang tak kufahami
kerana dari segala kehebatan
lancarnya cerita dalam Ramayana
atau mak yong yang kita lakonkan
telah lahir


Demikian cinta
pada diri yang terlalu kerdil
mengira segala keutuhan
yang setia memendam
rindu malam
pada gamelan persembahan
gerak dan langkah
Siti Dewi
wujudkan cintamu
di setiap kasih bumi ini 

Petikan "Senandung Malam"
Bonda Siti Zainon Ismail
Ogos 1974

Tiada ulasan: