ULAS BUKU : Anugerah

NOVEL 'ANUGERAH' Karya Novel Terpanjang Di Malaysia Zaharah Nawawi
SIPNOSIS
Tentu ramai yang terkejut atau tidak tahu.. Saya sendiri pun tidak begitu mengenali karya besar ini dan pengarangnya yang dinyatakan 'otai' dalam bidang penulisan... Selama ini, ramai ulat buku yang mengetahui novel yang paling panjang adalah novel karya LIANA AFIERA MALIK iaitu "BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN" (1211 mukasurat)... Namun, kita semua silap... Sebelum wujudnya novel "BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN " itu, sudah ada sebuah novel yang paling panjang lagi, malah rekod tak dipecahkan sampai sekarang... Novel "ANUGERAH" terbitan DBP mempunyai 1,351 mukasurat... yang penuh cabaran bagi saya untuk membacanya... berkisar zaman menuntut kemerdekaan bagi Malaysia umumnya, justeru perjuangan seorang wanita dalam politik & kehidupan rumahtangganya juga... Membaca bab demi bab mampu menaikkan semangat politik dalam jiwa... aura hidup juga meningkat... penuh motivasi... Secara peribadi, Zaharah Nawawi bukanlah penulis kegemaran saya, berpaksi pada ciri-ciri sasteranya yang agak serius dalam konsep kewartawanan... tambahan pula, saya lebih mengemari sastera yang bercorak lembut dengan bahasa puitis berseni seperti Bonda Siti Zainon... Namun susunan plot cerita novel "Anugerah" ini agak menarik juga... Rasa kagum kerana dapat menghayatinya... Untuk pengetahuan semua, inilah karya Zaharah nawawi yang pertama saya baca.... Saya rasa, teman-teman wajib membaca karya "BERAT" ini... kerana banyak sekali pengalaman dan pengertian plot tertera di dalamnya... Very nice!!

Tiada ulasan: