Akar Umbi Pantun Melayu VII

SANTUN BERADAT

Pisau raut panjang sekerat
buat meraut rotan saga
ikan di laut asam di darat
dalam belanga berjumpa juga


Kuat tarik kerana kuda
kuat ikat kerana tali
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali

Baju baharu kain bertekat
baju belah pakaian kerongsang
bersatu padu kena seikat
kalau berpecah dimakan orang

Petikan "Kartika di Langit Seni 
Budayawan Azah Aziz

Tiada ulasan: