Lim Swee Tin : "Sajak"








kerana aku kuntumlah
kucari jarimu
kerana aku pantailah
kucari tapakmu

kerana engkau kanvas
ku hulur garisku
kerana engkau jalan
ku beri langkah ku

kerana aku wajahlah
ku angan bedakmu
kerana aku lalanglah
ku paut anginmu

kerana engkau malam
ku menjelma pungguk
kerana engkau cakerawala
ku singgahi bintang-bintang 

Petikan  "Sebuah Fragmen Cinta"
Lim Swee tin

Tiada ulasan: