ULAS BUKU : Ilham Di Tepi Tasik



Ilham Di Tepi Tasik
Sasterawan Negara A Samad Said

Genre: Esei
Mukasurat: 166 halaman
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 9834119631
Kulit Keras




Ulasan & Ringkasan
Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.

Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.

Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.



PSS : Buku himpunan esei berwajah sastera yang benar-benar mencabar minda untuk membacanya... byk faedah kosakata & nilai falsafah sastera yang terkandung di dalamnya... amat berguna bagi para penggemar sastera terutamanya para penulis muda dan pengkaji kesusasteraan melayu... sangat bernilai!

Tiada ulasan: