ULAS BUKU : Memoir Khatijah Sidek

ULASAN BUKU

Khatijah Sidek ialah pemimpin wanita UMNO yang pertama dengan lantang dan terbuka memperjuangkan supaya hak wanita dalam parti agar disama-tarafkan dengan hak kaum lelaki.

Di persidangan agong UMNO 1953, beliau menuntut supaya kaum ibu diberikan hak mengundi dan ditambah bilangan wakil mereka di peringkat kebangsaan. Gaya bicara pidato dan tindakan beliau di persidangan ini telah menjadikan beliau lebih konfrovesial di kacamata ahli biasa dan pemimpin konservatif dalam UMNO yang ketika itu belum bersedia untuk memberi tempat kepada wanita dalam pucuk pimpinan parti.

Beliau dilabel sebagai terlalu lantang bersuara, panas baran dan tidak sesuai untuk perjuangan UMNO yang berimej sederhana, mementingkan perundingan , mengelak daripada pertentangan terbuka, bertolak-ansur dan mengalah kepada pucuk pinpinan. Ini bertentangan dengan gaya kepimpinan beliau sendiri yang sentiasa bersifat berani, mencabar dan menentang sebarang penyelewengan atau kelemahan secara terbuka.

Gaya inilah yang banyak menyebabkan sejarah kegiatan politik Khatijah Sidek dirempahi oleh ketegangan, krisis pucuk pimpinan serta penyingkiran. Demikianlah Khatijah Sidek memperlihatkan bagaimana gaya politik kita yang sejak dahulu sering menenggelamkan orang-orang seperti beliau.

PENERBIT : Universiti Kebangsaan Malaysia 1995
PENGANTAR : Wan Hashim Wan Teh
KATEGORI : Biografi
M/SURAT : 189 halaman

PSS : Inilah kali kedua saya membaca sebuah biografi berbahasa melayu... kali pertama adalah buku biografi budayawan AZAH AZIZ "Kartika Di Langit Seni" oleh Zaharah Nawawi... yang agak menarik dan penuh seni sosio budaya yang kental....

Memoir KHATIJAH SIDEK menarik hati saya untuk menjelajahnya berulang kali... penuh liku perjuangan yang tinggi dan mengejutkan raga... paling sedih saat menghayati kisah beliau yang hidup bermadu agar dapat menjadi warganegara Malaya, serta kisah beliau mengandung dan beranak dalam penjara di Singapura... Malah beliau lantang bersuara isu femininese yang menggegarkan sukma...Sesiapa pun yang membaca pasti tidak menyangka dalam sejarah kemerdekaan kita, wujud pejuang seperti ini... yang ditolak tepi anugerah sumbangannya gara-gara terlalu lantang dan lebih radikal kiri dalam perjuangan... 

Semangat saya naik membacanya... ceritanya disusun seperti sebuah novel yang cantik... teman-teman harus membacanya untuk merimpuh lebih pengalaman untuk berkarya.... 

Jadikan pedoman pembacaan kita lebih luas selain dari sering mengkhayal bacaan novel-novel cinta yang berbuak-buak hehe..


Tiada ulasan: