ANTOLOGI KANAK-KANAK & REMAJA
Sasterawan Negara A Samad Said
SUARA POHON
deru
pepohon
di rimba
sayu
suara
syahdu
alam
merindu
Pengarang : SN A Samad Said
Penerbit : Edisi Seni Warisan Melaka
Hlmn : 117 m/surat
Genre : Antologi PuisiULASAN
Kerinduan untuk menghasilkan sebuah antologi puisi kanak-kanak menjelang remaja sebenarnya telah pun bermula lebih satu dekat yang lalu. krinduan itu tidak cepat dapat diisi kerana kegairahan saya menulis karya sastera dewasa. Tapi dua tahun lalu (2006), kerinduan itu mercup semula, walaupun saya masih dalam kegairahan menulis karya dewasa
A Samad Said
Buku ini mengandungi 101 karya puisi mudah genre kanak-kanak dan menjelang remaja. Satu daripadanya pernah di siarkan iaitu "MERINDU BUKU". Manakalanya 100 karya lain baru pertama diterbitkan khas untuk antologi ini. Susunan temanya terpilih, bertingkat dan bersukat kerana mengikut kegairahan pembaca dalam lingkungan tersebut
PSS : Seorang sahabat penyair dari Sabah, Radhi yang menyarankan saya mencari buku ini kerana katanya bagus sekali... saya pun mencarinya dan menghayatinya satu persatu di dalamnya. Biar pun saya tahu ia sebuah karya untuk anak-anak...
JANGAN ANGKUH YA! Sebagai penyair junior dan penulis muda, kita harus memiliki karya ini untuk dikaji... ia membolehkan kita memperlajari dari bawah cara penghayati puisi yang sebenar-benarnya... bermula dari kata demi kata... ungkapan demi ungkapan... kemudian belajar membina ayat demi ayat... lalu melangsung mencipta sebuah karya indah... ia amat berguna... serta memberi pelajaran yang baik buat kita... Milikilah ia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan