Estetika Melayu : Kesenian Berendul Kedah




Sayapa ini orang berhajat
sayapa pun datang dengan yang cepat
bawalah sayapa dua, tiga dan empat
hajat berendul melepaskan niat

Berendul ini jangan kau hairan
gantung di endul encik dan tuan
karang  di endul emas dan intan
hajat berendul anak yang jantan



 Berendul ini jangan kau hina
kain di endul warna berwarna
karang di endul emas dan bunga
hajat berendul anak betina

Berendul ini jangan kau lupa
gantung di endul rupa berupa
karang diendul emas dan suasa
hajat berendul anak bahagia



ULASAN LAGU

Lagu berendul ini membawa maksud untuk membayar atau melepaskan niat. Berendul bukan setakat mendodoi untuk menidurkan anak. Ia juga bertujuan menghibur hati para pendengar yang menikmatinya. Nasihat berguna ada diselitkan dalam lagu berendul untuk dijadikan tauladan oleh sesiapa yang mendengarnya.




Sekilas info Tradisi Berendul

Berendul ialah satu daripada kesenian melayu lama yang masih diamalkan di negeri-negeri utara Malaysia terutamanya negeri Kedah. Perkataan berendul adalah loghat negeri Kedah yang bermakna mendodoi anak.

Berendul dilagu oleh sekumpulan kaum lelaki melayu atau perempuan melayu dalam lingkungan minimum tiga orang.

Acara berendul diadakan untuk tujuan tertentu seperti membayar niat, menyambut kelahiran anak dan memeriahkan lagi majlis mencukur jambul atau akikah.


Tiada ulasan: