Sang Penulis Misteri : Hlovate

Karya Si Pengarang Misteri
Hlovate 

PSS : "Wei sape kater I tak maen dengan buku-buku novel remaja jenis gini?... memandai jer... i openmind tau... semuanyer i baca... dari secarik-carik helaian suratkabar pembungkus roti canai hingga lah ke buku-buku novel atau ilmiah sebesar kamus dewan... semua i lahap... hehehe" 

SIAPAKAH HLOVATE? ramai yang tertenya-tanya tentang penulis ini... dia low profile.. tak expose kerana ada tuntutan belajar di luar negara... dengarnya sekampong dengan saya... orang Peghak!... itulah kata-kata dari orang2 di Jemari Seni milik Kak Noor Suraya... Semua orang tidak tahu tentang pesonalitinya...  tersorok daripada umum... namun kualiti karyanya berjaya menaikkan namanya... i'm respek kat dier...

Buku pertama karya Hlovate yang saya miliki adalah Novel AA+ BB... bagi pengkarya seperti saya, pada mulanya agak sukar juga hendak menghayati novel ini... maklumlah ia menggunakan bahasa trend remaja terkini... berbelit-belit gak otak... namun setelah habis membacanya... wah! Tabik benar... karyanya memang berkualiti... dan dia ternyata bukan penulis biasa... ia tentang pasangan terpelajar yang berkahwin dengan perasaan saling berdendam sebagai musuh semasa kecil... menarik sekali... ada kelakar, terharu, terkilan dan girang tika menghayatinya... relax dan punya identiti sendiri... 

Kemudian saya beli pula novel "TUNAS" (kisah pengalaman Hlovate semasa belajar di sekolah asrama penuh semasa di tanahair), dan novel "5 TAHUN 5 BULAN " (kisah seorang budak lepasan SPM yang jadi orang gaji lantas bercinta) untuk lebih mengenali jiwa penulisnya... saya makin memahami konsep "open mind" Hlovate... saya rasa kagum... Biarpun dari sudut kesusasteraan melayu, kosakata karya beliau tak begitu 'indah', namun penceritaannya baik sekali... temanya berfalsafah tinggi.... dia setaraf novelis metro pop Indonesia yang juga artis filem, "RACHMANIA ARUNITA"... dari karyanya mendedahkan intelektual tinggi yang dimilikinya... syabas kepada Jemari Seni kerana mencungkil bakat ini... saya benar-benar kagum!


Buku terakhir Hlove yang saya miliki adalah novel "ROOFTOP RANT"... aduh... indah sekali penceritaannya... kali ini saya sudah biasa dengan penggunaan bahasa hlovate dan daopat menghayatinya dengan baik... novel ini sangat romantis dan menyentuh hati... ada unsur santun dalam penceritaan... juga keredhaan pada tuhan... sangat sempurna sebagai sebuah karya falsafah... terkadang sampai saya terfikir betapa bijaksananya si Hlovate tu... pemikirannya luas sekali... respeks!


HLOVATE! Adakah engkau remaja melayu GENIUS?

NOVEL AA + BB



"cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin"

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian... Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


NOVEL 5 Tahun 5 Bulan

 
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.... Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu..... Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?... Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....



 NOVEL Roof Top Rant



Lontarkan...kalau tidak, ia meracun... kongsikan ...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung...
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa... Tak selalunya ada pelangi... Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada... Kadang-kadang... bilamana ...‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo... Rasa macam dah tak mampu bangkit... Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade...tentang bukit yang sayup di depan...tentang angin yang membawa salam di belakang...tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas...tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah... dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa... mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?... ini cerita sebuah bicara

bicara bumbung namanya....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya juga pengikut novel hlovate..siyes karya beliau lain dari yang lain penuh dengan pengisian :)