SANG PENCINTA KANAK-KANAK
Teri Liye
TERI LIYE adalah seorang penulis yang begitu peka menceritakan emosi kanak-kanak di rumpun nusantara. Plot penghayatannya diolah dengan baik sekali serta menyentuh hati. Dia menulis kisah jiwa kanak-kanak yang mana wajar dihalusi oleh orang dewasa. Turut dihuraikan kesantunan jiwa masyarakat timur yang penuh sifat kekeluargaan. Membaca karya-karyanya, kita mampu menghimbau masa lalu serta mengambil pengajaran atas dasar kemasayarakatan.
NOVEL Moga Bonda Disayang Allah
"Dia mencintai kanak-kanak . Bukan kerana mereka kelihatan menyenangkan, tapi kerana menyedari janji kehidupan yang lebih baik selalu tergenggam di tangan anak-anak"
Melati, gadis kecil berusia 6 tahun. wajahnya lucu, comel, menyenangkan, namun dia buta dan tuli sejak umurnya 3 tahun. Sejak itu, dunia melati gelap, kosong dan sepi. Dia tidak mempunyai akses mengenal dunia dan seisinya. Rasa ingin tahu yang terpendam bertahun itu akhirnya memuncak, menjadikan melati kecewa dan hampa. Dia menjadi anak yang sukar untuk dikendali. Bonda melati dan ayahnya sudah kehabisan cara. Mereka hampir berputus asa apabila akhirnya harapan itu tiba.
Karang, lelaki yang kehilangan semangat hidup setelah 18 anak didiknya mati lemas akibat kemalangan di laut. Dia jadi pemabuk, putus asa, tidak peduli dan sinis terhadap semua perkara> Tuhan akhirnya menemukan dia dengan Bonda seterusnya melati. Karang memutuskan untuk membantu anak gadis yang sering hadir dalam mimpinya itu. Tapi bagaimana! Melati tak dapat mendengar! Melati juga tak dapat melihat. Dia berusah menemukan caranya.
Namun akhirnya tuhan menemukan caranya ketika butir-butir hujan menghunjam bumi. Keajaiban itu datang ketika air pancut dan titisan hujan mengalir di sela jemari kecil melati.
NOVEL Hafalan Solat Delisa
Delisa, anak perempuan yang bermata hijau, bening dan umurnya baru mencecah 5 tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria.Dalam suasana keluarga yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu serta kakaknya.
Namun tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumat senyuman pada wajah delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga serta kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah delisa mampu tetap tersenyum seperti dulu serta menyudahkan hafalannya?
NOVEL Bidadari-Bidadari Syurga
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri,Wibisana dan Yashinta). di lembah lahambay supaya adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka. Dia perlu bekerja dibawah terik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta pada malam hari menganyam rotan, meskipun pada dasarnya keempat adik-adiknya itu berasal darah yang berbeza darinya.
"Laisa bukan gambaran wanita ideal di layar kaca yang bening, licin dan wangi. Namun padanya, setiap perempuan bisa berkaca soal keteguhan hati, mandiri, cinta dan keikhlasan. Begitu nyata dan amat membumi."
Penerbit
PSS : Saya memuji sykt PTS LITERA UTAMA kerana berjaya membawa masuk karya bermutu TERE LIYE ke pasaran Malaysia. Ia berjaya mempelbagaikan genre penulisan novel yang ada dan mampu menjadi pemangkin kepada penghasilan novel bertemakan kanak-kanak seperti ini. Juga boleh mempelbagaikan mood pembacaan novel di Malaysia yang sering disajikan dengan topik-topik mengkhayalan, fantas serta yang 'poco-poco' itu...
Mungkin dari segi rupa depan gambar di novel ini yang agak menghampakan kerana ia pasti sukar bersaing di pasaran. Menterakan gambar yang seolah-olah sebuah novel untuk kanak-kanak, padahal penghayatannya lebih untuk pembaca dewasa. Kesilapan itu mungkin tidak disengajakan... memang TERE LIYE berkonsepkan hayat kanak-kanak dalam karyanya, namun penghayatan cerita dan bahasa lebih tertumpu buat pembaca dewasa.... sayang sekali!
Saya mula-mula membeli karya bermutu TERE LIYE ialah novel MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH... terharu membacanya malah menangis... penulis berjaya menghadirkan emosi dengan baik di dalam karyanya... kerana teruja dengan novel itu, saya mendapatkan juga dua buah karyanya yang lain iaitu HAFALAN SOLAT DELISA (kisah mangsa tsunami Acheh) dan BIDADARI-BIDADARI SYURGA (kisah kasihsayang adik beradik)... dan saya terus mengkaguminya... karyanya hidup dan bermutu sekali... syabas pada siapa yang sudah memilikinya seperti saya... juga syabas pada pts litera yang amat kreatif menilai buku-buku bernada tinggi seperti ini untuk dibawa ke sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan