Mengenangkanmu, sebuah pelayaran
gelombang ganas tanpa belas kasihan
laut melengkung sehingga ke hujung
wajahmu tersungkur, ke serpihan garam
Apalah kesakitan ini, pantai deritaku
apabila diri telah bersedia untuk pulang
di matamu ku temui bayang kepiluanku
diperaduanmu gugur tangis kelelakianku yang malu
Bagaimana harus ku bawa kau ke pelabuhan
bila tiada kau percayakan kebenaran
bisa sahaja kuikuti angin
tapi bagaimana harus menjangkau sukmamu
Kolio Sevov
Iceberg 1984
Tiada ulasan:
Catat Ulasan