Rodat adalah salah satu kesenian rakyat Terengganu. Rodat berasal dari Tanah Arab. Perkataan "Rodat" dalam bahasa Arab bermaksud ; 'ulang-ulik', 'bersahut-sahutan kembali 'atau 'yang menunjukkan lisan berbalas-balas'. Secara kesimpulannya Rodat adalah sebuah tradisi nyanyian yang saling berbalas di antara kumpulan Mak Inang dan kumpulan Orang Menenggak.
Rodat dimainkan dalam tiga buah kumpulan anggota
1) Kumpulan Pertama
= Terdiri lebih kurang 10 orang pemukul Rebana Tar, iaitu sejenis rebana kecil yang dipasang dengan tembaga kercing agar bunyinya menarik.
= Mereka bertugas menyanyikan lagu-lagu iringan untuk kumpulan 2 dan 3.
= terdapat seorang anggota yang dipanggil Tukang Adi yang akan membacakan lagu-lagu Rodat dari kitab Hadrah.
2) Kumpulan Kedua
= Terdiri lebih kurang 20 hingga 30 orang lelaki yang dikenali sebagai Orang Menenggak.
= Mereka berpakaian seragam melayu, bersongkok hitam, berselempang serta bersampin.
= Mereka berbaris rapi menyanyi sambil menari seraya bertepuk tangan mengikut irama Rodat.
= kebanyakan lagu berunsur ketuhanan dan islam.
3) Kumpulan Ketiga
= Terdiri dari para penari perempuan yang dikenali sebagai Mak Inang.
= Mereka menari mengiringi kumpulan kedua dan hanya keluar sebagai memeriahkan majlis rodat.
Di antara lagu-lagu penting yang masih digunakan dalam acara Rodat adalah :
ya hayum ya hayum
(nama tuhan yang menghidupkan)
silatullah
(hubungan dengan tuhan)
la illa ha illa ya karim
(tidak ada tuhan melainkan engkau)
ya rasul ya rasulullah
(wahai rasul, wahai pesuruh Allah)
zikri nabi al mukthar
(nabi yang terpuji)
Kesenian Tradisi Melayu
Haji Aziz Deraman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan