Ndoi ndoi dam
anak lembu patah tanduk
cik mek kena godam
cik awang kena tumbuk
Tumbuk damak batu
Tumbuk damak batu
pasang damak raya
tebuk lubang pintu
nak tengok anak dara
Anak dara datuk
Anak dara datuk
mandi tepi kolam
apa jamu datuk
jamu nasi ulam
Buah jambu masak
Buah jambu masak
masak hujung julai
apa jamu kakak
jamu nasi gulai
2 ulasan:
Assalamualaikum cik/puan riesna.. tak tahulah sama ada sy silap atau riesna yg silap..krn lirik ndoi ndoi dam ni....kurang tepat... tak silap saya ini lagu koleksi kedah... berbeza liriknya..ttp mmbawa maksud yg hampir sama..sy hrp, riesna letak la lirik yg betul.. thanks.
salam saudara...
saya merujuk pada buku ilmiah nyanyian rakyat & kesenian melayu DBP karya haji aziz deraman... tak pasti pula...
molek juga saudara lampirkan lirik yang sebenar tu di ruang komen ini... moga dapat membantu sama pengetahuan kami di sini
terima kasih saudara
Catat Ulasan