PUISI : Pesonamu Bonda


SELAMAT HARI JADI!!

Diabadikan buat Budayawan & Sasterawati Bonda Siti Zainon Ismail 
sempena ulangtahun ke 60 pada 18 disember 2009 (1 Hijrah)



Bonda...
Tak pernah benak ku tenggelam
meriak dalam taburan pesona
lewat lirih "Nyanyian Malam"mu
melestari aura bibit remaja
menerjang prahara gentar bercalit duka cinta
mendaki lelah jejak puncak mahameru
yang ternukil lewat polesan nafas mudamu
demi membibit cita

Bonda
"Alam Puisi"mu mengasuh ku melakar
Bertenun impi menyorot harapan
menghela syahdu prosa nan muktahir
bergamit tangan menukil askara demi askara
berterjang tapak-tapak yang kau tinggalkan
agar mampu ku meniti di belakang
menyinambung alur langkahmu
mengorak santun jaya 



Bonda
Terujaku mengaum lewat "Percikan Seni'mu
mengajar ku mendaki puncak estetika budaya
meredah hijau wulangreh bangsa
dengan sahutan bangga berlapang dada
bersama disemai nuansa halus seni berjiwa
di riba simpuhan adat nenek moyang
agar kuhargai tradisi murni nan sati
segenap raga hati

Bonda
perlukah kita menengadah ke langit
mencium aroma wangi pawana
seperti tancapan 'bunga-bunga bulan'mu
melantun puisi jiwa mengkanvas kirmizi
menukil pelangi mengerah mega
membayang sinar raja matahari
agar bekas jejakmu menguasa dunia
tak runtun haus terpadam
diheret latar waktu



Bonda
Kan ku harungi rajut silammu
meracik 'witir sela berapi' yang memurni nafas muda
menyiram luhur 'bunga putik putih' yang kau bibitkan
melaung 'puisi putih buat kekasih' sehela nafasmu
sejurus 'jurai palma' yang gontai dibangga
menyemarak khazanah budi yang kau luhurkan
agar ia tegar bersibak waktu
bersama hasrat nuranimu

Bonda
Moga dijangkau enam puluh tahun
di kemuncak jaya ultah kelahiranmu
membias jasa yang terus bergemerlap
tak lelah mensatriakan seni bangsa
tak lesu mewarga warisan budaya
persis cita yang akrab kau azamkan
sealir semarak darahmu
bersama doaku..


Riesna Zasly 
17 Disember 2009


Moga Bonda 
tetap tampil muda, berpicu tenaga muda & maju melakar karya muda

7 ulasan:

anaklaut berkata...

salam...


selamat hari lahir buat bonda awak.
moga dirahmati, moga dipanjangkan umur, moga dieri kebahagaian yang berganda oleh Allah swt..amin

Riesna Zasly berkata...

anak laut...
kenal tak siti zainon ismail?

secangkir madu merah berkata...

selamat ulangtahun ke 60 tahun buat bonda siti zainon ismail semoga dianugerahkan kesihatan & kesejahteraan yang berkekalan dan terus menghasilkan puisi2 yg tidak lekang dek masa dan usia.

salam maal hijrah..riesna

anaklaut berkata...

salam..


sapa dia?

Faarihin berkata...

Assalamualaikum..

err.. sy nak pggil akak boleh? hehehe.. wah lagi tinggi bahasa yang digunakan.. memang bombastik bait puisi untuk bonda ni.. banyak perkataan sy tak paham.. rasanya nak beli kamus aje.. hehehe.. (^__^)

Selamat hari lahir untuk bondamu ini.. Semoga Allah sentiasa memberkatiNya.. Amin..

Riesna Zasly berkata...

bonda siti zainon ismail adalah seorang sasterawan, pelukis terkenal dan budayawan... buku2 puisi dan cerpen beliau berpuluh buah dan terkenal pada tahun 70an dan 80an...

sekarang bergiat dalam seni budaya dan estetika melayu... beliau budayan selangor 2008 dan anugerah antarabangsa cut nyak fakinah dari indonesia... byk juga buku dihasilkannya untuk memartabatkan seni budaya melayu

semua anak didik dan pencinta seni sastera dan seni estetika melayu seperti kami memanggilnya BONDA...

beliau dan a samad said sama taraf dalam kegemilangan sastera, cuma kini ia lebih menumpu menjadi budayawan...

siti zainon berkata...

Terima kasih Reena. Sudah tiba ke Tanah air? harap semua berjalan an Mama Liz sehat juga hingga kita dapat berjumpa