Rimbunan Petitih Melayu









adat periuk berkerak
adat lesung berdedak
Maksudnya : apabila hendak senang, mesti sanggup susah

air setitik dilautkan
tanah sekepal digunungkan
Maksudnya : perkara kecil dibesar-besarkan

air surut, sampah hilir bersama
air pasang, sampah tersangkut
Maksudnya : dalam kerja tak menguntungkan kita diajak bersama, apabila ada untung kita diketepikan

antah berkumpul bersama antah
beras berkumpul bersama beras
Maksudnya : adat manusia mencari jodoh dan bercampur-gaul sesama darjatnya

arang habis, besi binasa
tukang hembus penat sahaja
Maksudnya : usaha yang sia-sia

asing lubuk, asing ikannya
asing padang, asing belalangnya
Maksudnya : lain tempat, lain adat resamnya

Petikan "Pantun & Gurindam"
Prof Abdullah Hassan

Tiada ulasan: