Syeikh Nuruddin Ar Raniri : " Taman Darul Isyki"


"Pada zaman bagindalah berbuat suatu taman, iaitu kebun, terlalu indah, kira-kira seribu depa luasnya. Maka ditanaminya pelbagai bunga-bungaan  dan aneka-aneka buah-buahan. Digelar baginda bustan itu "Taman Gairah". 

"Adalah dewala taman itu daripada batu dirapati, makan diturap dengan kapur yang amat bersih seperti perak rupanya, dan pintunya menghadap ke istana, dan perbuatan pintunya itu berkop, diatas kop itu batu diperbuat seperti biram berkelopak dan berkemuncakkan daripada sangga pelinggam, terlalu gemerlap sinarnya, ... bergelar Pintu Biram Indera Bangsa, dan ada pada sama tengah taman itu amat sejuk, barang siapa meminum dia sihatlah tubuhnya...."

Al Hasjmy : 160

Tiada ulasan: