"Istighar Zealita terhambur panjang. Kedua belah hujung siku bingkas ditekapkan pada paha. Lantas tubuh menunduk sedikit agar kedua telapak tangan ikut menekup di sebujur wajah. Berjeda. Sembari mencari-cari kekuatan dalam dirinya sejenak. Justeru cuba menyergap damai pada jiwa yang kian bergelora.
Zealita akur. Dia terlalu lelah untuk menghadapi semua dugaan itu. Hatinya juga sudah teramat jera untuk terus diterpa pelbagai ulah lewat permusuhan yang tiada berkesudahan. Apatah lagi hendak menempuhnya dengan tegar dalam riak perasaan yang utuh bersabar. Lebih-lebih lagi aral itu datangnya bukan dari orang lain. Malah, dari ibu mertuanya sendiri!"
BAB 8, M/Surat 7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan