suram kabut menggeromol
bukat hitam rakus
mencempera malam
ibarat berlangut
cantingan langit ditengadah
mengimpi purnama
Khayal seloka kerdipan
bintang kejora dituding
Saksama benak mencongak
lewat takdir tanpa
sempadan jernih
mahupun keruh
Saksama benak mencongak
lewat takdir tanpa
sempadan jernih
mahupun keruh
Tiada yang lain
lafaz sukma tulus
bersulam redha
lafaz sukma tulus
bersulam redha
hanya tunggal
diidam kaulah
itu satu
cinta...
Riesna Zasly
12 Juni 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan