Dengan Ingatan Tulus Ikhlas diucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri...
Ketahuilah, Budaya Berpakaian Melayu itu sarat maknanya dan juga kaya fasafahnya...
Moga Budaya dan Adap luhur ini dipelihara semasa berpakaian tradisi di hari lebaran ini..
MOLEK BERBAJU MELAYU
Baju Melayu Cekak Musang
Falsafah di Sebalik Baju Melayu Cekak Musang :
cekak musang berbutang lima
lima rukun di dalamnya
lima petua dibawanya
lima tiang ditegakkan.
Baju Melayu Teluk Belanga
Falsafah di Sebalik Baju Melayu Teluk Belanga :
teluk belanga berbutang tunggal
tunggal satu tuhan yang disembah
tunggal tidak dapat dianjak alih
tunggal tidak dapat dibelah.
ADAP MEMAKAI SAMPING
Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tanda nak cari lagi
harus tahu keadaan ini.
Kok anak muda muda
kain labuh di atas lutut
bagai dubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan.
Salam Lebaran
Maaf Zahir & Batin
Riesna Zasly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan