ULAS BUKU : PANGGIL AKU DAHLIA

'PANGGIL AKU DAHLIA' KARYA TERKINI SENIOR NOOR SURAYA

SIPNOSIS

“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba. Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya! Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

PSS : Saya baru sahaja usai membacanya... buat kali kedua.... nice!.... banyak mempaparkan suasana Cameron Highland yang mempersonakan... MISTERI ibunya yang bunuh diri yang cuba dibongkar... CINTA & BENCI bagaimana musuh boleh menjadi kekasih akhirnya... CINTA ISLAMI papar jodoh menurut hukum islam... juga KEGIGIHAN NIAGA kisah ladang teh, berniaga rumah ala rest house... Semuanya dihimpun jadi satu dalam karya ini... Buku pemilik JEMARI SENI yang sangat santai dibaca... ringan kosa katanya... U MUST TRY TO READ IT!

Tiada ulasan: