Ranggawarsita adalah seorang pujangga jawa yang hidup pada tahun 1802 hingga 1873. Beliau banyak menghasilkan karya di dalam bidang fisafat, kebudayaan dan ramalan jawa. Di antara kitab jawa yang terkenal dihasilkannya ialah serat cemporet dan serat jayengbaya.
Kitab jawa serat cemporet adalah ciri roman jawa yang menceritakan kisah percintaan, peperangan dan kehidupan masyarakat jawa lama. Selain itu, kitabnya yang paling terkenal ialah asmaradana dan kinanti. Roman kemasyarakat jawa yang berunsur falsafah silam.
Serat jayengbaya adalah sebuah kisah yang menjadi favourite saya. Mudah difahami, penuh lucu tapi penuh makna. Ia menceritakan tentang seorang yang bernama jayengbaya yang amat gemar berkhayal. Ia berangan angan untuk memilih pelbagai jenis kehidupan dan status yang berbeza. Dari penjaga kuda, penabuh gamelan, pemain topeng reog, hingga ke pengacara, pencuri, orang gila, pengemis, anjing dan bahkan hampir-hampir bermimpi untuk menjadi tuhan. Malah saat berangan menjadi tuhan, dia akhirnya menjadi lebih ketakutan, lanmtas memilih lebih baik diri disambar geledek.
Akhirnya, setelah berangan-angan dan membuat perbandingan, dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri.. iaitu orang yan g biasa-biasa sahaja serta hidup sederhana.
PSS : Saya banyak mendapat komentar dari para teman tentang cerita apa yang dipaparkan oleh Serat Jayengbaya ini yang saya kutip dalam 7 babak menariknya yang lalu. Ramai yang tak faham. sengaja saya hadirkan ulasannya pada pengakhiran babak agar kita dapat sama-sama belajar menghayatinya dengan tembang penuh misteri. Selamat menghayati Karya Falsafah Silam yang amat berharga ini...
JAYENGBAYA membuktikan bahawa kesedrhanaan dalam hidup itu yadalah mencerminkan kebahagiaan jiwa raga yang berkekalan....
SALAM KARYA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan