Menancap Silam : Puisi Moden Terawal Di Tanah Melayu


MENUNGAN HATI 

Apakah tertulis di awan biru
dibunga, didaun segenap penjuru
apa dinyanyikan oleh pohon ru
di tepi pantai sayup menderu

Ombak menyeru apa bendanya
guruh yang sayu apakah halnya
bayu berpuput ke mana halanya
burung berbunyi apa katanya

Apakah sebab gunung yang tinggi
fajar menyinsing ketika pagi
tanjung dan pulau kolam perigi
sudah dipandang, dipandang lagi



Apakah sebab bulan dan bintang
kilat memancar pelangi merentang
sinar shams pagi dan petang
sudah dilihat, lagi ditentang

Apakah sebabnya kasih bercinta
menyusahkan hati melemah anggota
hiba termenung merasa leta
sudah ditanggung lagi dicinta 

Allahyarham Mohd Yusof Ahmad
Disember 1933
Majalah Guru

Tiada ulasan: