Freelance Writer & Journalist ~ Fine Art & Graphic Design ~ OKU Friendly (Deaf) ~ Riesna Zasly Art (M) Sdn Bhd ~ RZ Art Impression
ULAS BUKU : Karya Nan Indah (ilmiah)
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Amenbooks
Hlmn : 336 m/surat
Genre : Ilmiah
ULASAN
Buku ini ditulis khusus untuk mereka yang mahu memahami aspek-aspek penulisan kreatif.
Setiap perkara daripada mendapatkan idea, menimbulkan rasa, menerapkan falsafah dan fikrah, menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dan pantang larang dalam penulisan disebut dengan jelas dalam bahasa yang mudah difahami.
Buku ini juga dapat menjawab banyak persoalan mengenai bentuk karya dan memahami cara untuk menulis bahkan membaca sesebuah karya sastera yang dianggap kompleks.
Sembilan buah cerpen Faisal Tehrani yang menarik menjadi contoh perbincangan dan perbandingan. Mengandungi bab berkonsep kronologi panduan penulisan sebanyak 14 sesi yang lengkap dan menarik.(Petikan dari belakang kulit buku)PSS : Saya membeli buku ini pada Hari Raya Aidil Adha tahun 2008... sebuah buku yang lengkap terperinci sebagai panduan menulis cerpen asas amnya... dan cerpen bercorak islam khasnya... ia disunting menarik dengan membahagi bab yang dinukil santai... serta ia juga sangat lengkap sebagai sebuah buku ilmiah untuk menggarap cerpen... amat sesuai dimiliki oleh para penulis dan penggemar sastera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan