PUISI : Diluruh Sendu



Tatkala jasadmu tertunduk teleku
Alur darah menghangat sendi
Jantung berkecipap kencang
Benak mengiring pekur
Di hambat batin pilu

Ada resah mengamok dada
Bersemi gusar

Tatkala parasmu memerah saga
Pauh pipi berbekas lesi
Dahi serata mengusut kerut
Alis berpaut temu
Di jergah raut mendung

Ada pongah melurut wibawa
Berpupur  lara


Tatkala matamu termenung jauh
Kolam arca memancar  kaca
Pelupuk berbendung air
Kelopak mencangkir bening
Di dera goyah tangis

Ada gerah menganjak esak
Bertabur gundah

Tatkala bibirmu mengatup lesu
Gairah suara nekad tersangkak
Benteng gigi berlaga
Gumam meraih mulut
Di cakna lidah tercenung

Ada gugup menghambur raung
Berderai nelangsa

Lalu engkau pun tahu nescaya apa
Kala diri bergamit rasa
  
Meluruh sendu!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...saya ada terbaca tentang soalan yg puan tanyakan di blog sazali..dimana nak blajar bahasa isyarat?sy mrupakan bekas pelajar yg belajar bahasa iyarat selama 2 tahun setengah tu..kalau berminat nak belajar hubungi la saya kerana sy juga tinggal di ipoh..lynnkamal@ymail.com