ULAS BUKU : Mendekati Seni Penulisan Kreatif


Pengarang : Lim Swee Tin
Terbitan : Citra Kurnia Sdn Bhd
Hlmn : 240 m/surat
Konsep : Ilmiah Sastera

ULASAN BUKU

Buku ini adalah sebuah buku bimbingan penulisan kreatif dalam genre puisi dan cerpen. Akan tetapi pendekatan yang digunakan dalam penulisannya amat berbeza daripada yang dilakukan orang sebelum ini.

Membacanya akan membuatkan anda berasa begitu selesa dan santai sekali. Jikalau anda menggunakannya secara proaktif, percayalah buku ini sangat membantu
  (Petikan dari kulit belakang buku)


 SIAPAKAH LIM SWEE TIN?



+ Penyair terkenal di tanahair terutamanya di era 1970an dan 1980an
+ Aktif menghasilkan puisi bermutu tinggi
+ Penerima SEA Write award untuk tahun 2000
+ Mantan guru 7 pengarang
+ Pensyaraj kesusasteraan Melayu UPM (sejak 2000)
+ Menghasilkan 20 buah buku kumpulan puisi perseorangan
+ Menghasilkan 1 buah buku antologi cerpen
+ Menghasilkan 80 buah antologi gabungan puisi & cerpen
+ Deklamator sajak antarabangsa
+ Panel Sayembara puisi GAPENA-KEKKWA (sejak 1995)
+ Panel hakim hadiah sastera perdana malaysia
+ Antara karya terkenal ialah Eva (1981) / Menyusur musim (1990) & Sebuah Fragmen cinta (1998)

PSS : Ramai teman-teman bertanya saya dimana saya menelaah serta belajar membuat puisi yang indah.... Mereka inginkan buku rujukan yang sesuai dengan jiwa santai mereka... tidak terlalu menekan pola berfikir... mudah difahami dan berkaedah ringan menabur teori... 

Nah! Inilah buku panduan ringkas saya... buku kecil yang sering dibawa ke mana-mana... amat berguna... terutamanya dalam menggarap prosedur-prosedur menghasilkan puisi yang benar-benar 'berisi'... very good 'handbook'... bab-bab di dalamnya pun digarap santai... seronok menjelajah isi perutnya...

Ada juga panduan cerpen di dalamnya... namun tak begitu mampat isinya... dan saya tak menggunakannya sangat... mungkin pengarang memang 'otai' dalam puisi... agak kurang dalam cerpen... jadi panduan cerpen yang diterakan agak ringkas untuk disela kegairahan kita membongkar untuk diambil membimbing bina cerpen... 

Untuk teman-teman penyair dan penggemar puisi, buku ini amat berguna... konsepnya senang sahaja... ada ditera bagaimana mengungkap idea dan menghalus kosakata... tak berlapik2 dengan teori-teori yang rumit dan memeningkan kepala... milikilah ia...

2 ulasan:

Tabir Khaizuran berkata...

hehe..saya sudah miliki buku ini..harganya sgt murah dan berpatutan..inilah buku menghasilkan karya kreatif pertama sy miliki..sgt comel..

Riesna Zasly berkata...

betul... sangat comel dan ringkas