Nyanyian tanjung sepi mengisahkan tentang Syarifah Nuur Khalida, Aqmar Aziz dan Zainur Arief. Syarifah Nuur Khalida menyimpan perasaan terhadap Zainur yang merupakan pensyarahnya. Namun dia terpaksa berkahwin dengan Aqmar akibat percaturan keluarga. Sekilas membaca, pasti kalian sangka novel ini hanyalah typical novel cinta yang lain. Namun kalian salah. Noor Suraya jalinkan setiap babak dengan begitu indah sekali. Boleh kukatakan lebih kurang 3/4 daripada cerita ini berkaitan hubungan Khalida dan Aqmar. watak Zainur hanya diolah diawal2 cerita dan diakhir cerita sahaja. Bagiku, watak Zainur penting kerana pengakhirannya, Khalida akan bersama dengan Zainur.
"Terima kasih. Abang boleh ambil sendiri sandal ni, dan tolong jangan buat macam ni lagi. Abang bukannya tuan-tuan." "Tak berdosa, kan?" pintas Syarifah Nuur Khalida. "Tak selesa. Isteri untuk disayangi bukannya untuk disuruh-suruh," kata Aqmar Aziz sambil duduk bersila di lantai juga.
(Petikan dari Blog Tengku Anis (Ulat Buku)
Terbitan : Creative Enterprise Hlm : 755m/surat Genre : Metro pop
PSS : Terlalu ramai para penggemar buku memperkatakan tentang karya Puan Noor Suraya yang ter'masyhur' serta terlaris ini.... Setelah membaca "PANGGIL AKU DAHLIA", saya tergerak untuk membacanya pula... Ini merupakan novel ke dua yang saya hayati hasil kerja tangan puan Noor Suraya setakat ini. Amat mengagumkan!
Karya ini menarik dan berseni biarpun dinukil dengan kaedah bahasa metro pop... penuh keluh, luahan emosi yang menyentap rasa serta menyentuh hati... wajarlah ia jadi di antara novel paling laris di CESB...
"Mencintai seseorang itu adalah seperti memeberi hati kata untuk wajar dilukai padanya"
Biarpun Puan Noor Suraya sudah berpindah ke JEMARI SENI SDN BHD, karya ini tetap tak lupus dari sejarah novel terbaik beliau... menjadi khanazah kenang-kenangan buat para peminatnya yang ada...
Novel ini wajar dimiliki untuk mengkaji jalan cerita dan kepelbagaian gaya plot dalam sesebuah novel melayu yang bewrstatus separa berat-ringan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan