Tepak Sirih Melayu


Latar Belakang Budaya Ber'sirih"

Tradisi memakan sirih di kalangan orang melayu telah menjadi sebuah budaya warisan yang berusia hampir 3000 tahun lamanya. Dipercayai adat ber'tepak sirih' in  telah diamalkan sejak zaman Neolitik lagi. Ianya juga dipercayai berasal daripada pengaruh Hindu. Malah ia telah berkembang sebagai salah satu amalan budaya bagi etnik nusantara yang meliputi hampir seluruh Asia Tenggara.

Tepak Sirih menjadi simbol bagi yang berkaitan dengan adat melayu. Ia digunakan sebagai penyeri menyambut tetamu sebagai sebuah keraian. Ia juga digunakan untuk mengetuai adat istiadat perkahwinan melayu meliputi adat merisik, adat meminang, adat berbalas hantaran (ibu hantaran) serta adat pernikahan. Malah ia turut dipakai untuk istiadat perubatan tradisional melayu serta upacara-upacara besar yang melibatkan kalangan pembesar & diraja.

Sirih junjung iaitu susunan daun sirih yang dihias tinggi diatas dulang perak/tembaga pula biasanya menjadi ketua arakan un tuk upacara-upacara tertentu dikalangan penduk melayu terutamanya sebagai pelengkap adat. Ia banyak digunakan di acara diraja serta ningrat melayu.

Tepak sirih terdiri daripada sebuah combol yang terbahagi dengan pecahan ruan g-ruan g tertentu di dalamnya menurut susunan adat. Pada bahagian atas terdapat empat buah cembol kecil yang di isi pinang, kapur, gambir serta tembakau. Manakala di sebelah bawah atau di sampingnya, disusun helaian daun sirih, cengkeh serta sebuah kacip. Aturan bahan-bahan in i hendaklah lengkap serta disusun memenuhi adat agar ia men jadi sebuah tepak adat yang jitu.


Jenis-Jenis Tepak Sirih




* Sirih Puan = tepak sirih yang berbentuk segiempat tepat





* Sirih Pinang = tepak sirih berbentuk bujur sangkar




* Sirih adat = tepak sirih yang dilengkapi dengan kuntum melor serta disalut dengan kain balundru bertekat emas atau tenunan  songket



* Sirih Adat rekabentuk diraja dan pembesar Istana / upacara perkahwinan




* Lain-Lain sirih adat


1 ulasan:

Rizai Reeani berkata...

wah, informasi yang berguna sekali kak. boleh buat menambah isi dalam menulis ni. hehehe...

terima kasih untuk perkongsian ilmu ini... =)