BLOG SANTAI RIESNA ZASLY


Glitter Graphics

Blog Baru Non-Sastera
SENTUHAN TINTA SANG PERI
Laman santai berbentuk jurnal & nukilan hayat Riesna Zasly

Sudah begitu lama saya ingin memiliki sebuah blog yang bercorak santai dan bebas meluahkan apa sahaja yang berbuku di sepanjang hidup saya. Tambahan pula blog "RIESNA ZASLY" ini agak "kukuh" dalam protokol sasteranya, serta hanya menggunakan "Bahasa Melayu Tinggi" bersesuaian dengan konsepnya yang mempertengahkan secara serius  perihal Sastera & Estetika Tradisi Melayu.

Oleh itu, Blog "SENTUHAN TINTA SANG PERI" ini saya buka agar saya dapat menghilangkan stress bekerja & stress menulis karya sastera. Anda boleh menikmati bahasa santai di sini, terutamanya kisah-kisah hidup saya yang selama ini menjadi 'rahsia' kepada umum.  Juga pengalaman hayat saya yang lalu terutamanya berkisah diri saya sebagai seorang OKU, berjumpa pelbagai jenis ragam manusia serta sketsa hidup masyarakat yang diperhatikan untuk menjadi tauladan bersama.

Selain dari itu, banyak teman-teman dari dunia kecantikan dulu menyarankan agar saya membuka sebuah blog baru yang menerapkan alam "Beauty & Asian SPA" dimana manuskrip-manuskrip saya dalam bidang itu yang diterbitkan di pelbagai media cetak tak dapat mereka jangkau-baca. Lebih-lebih lagi sejak saya menutup blog "BICARA CANTIK - Puri Agatsari" pada bulan Ogos lalu. Mereka mohon agar segala karya kecantikan ilmiah itu dihimpunkan dalam satu blog.



Untuk itu, saya turut terapkan dalam blog SENTUHAN TINTA SANG PERI ini dengan info kecantikan yang diolah dengan santai. Malah turut menghadirkan sesi soal -jawab kecantikan, kosmetik dan jamu untuk para pengunjung siber sama seperti yang saya buat sekarang di sebuah majalah tanahair. (setakat ini ada 162 manuskrip banyaknya). Saya tak mampu nak menghimpun semua manuskrip-manuskrip itu sekaligus, tambahan pula ia sudah dijual dan menjadi milik mutlak pada penerbit. Namun saya berjanji akan mengolak sedikit-demi sedikit mengikut kes yang dipersoalkan oleh para sahabat dari semasa ke semasa.

Dan jangan terkejut ya, blog SENTUHAN TINTA SANG PERI ini amat santai serta rojak bahasanya. Moga teman-teman terhibur menghayatinya 

Antara yang menarik di "SENTUHAN TINTA SANG PERI" :


Segmen Keluh Resah OKU
kisah rintihan orang OKU yang menyelusuri hidup dengan pelbagai sikap masyarakat. Pengetahuan dan info untuk lebih memahami perihal status 'kecacatan' terutamanya orang bisu dan pekak.



Segmen Tampil menawan
Mengimbas info penjagaan & perawatan kecantikan "RUPASAMPRAT WAHYABHRANTARA" yang meliputi berita kosmetik serumpun, penjagaan sekujur tubuh (rambut, wajah, badan, manikur & pedikur, payudara, kelamin serta masalah-masalah kulit) dan turut mengadakan sesi soal jawab kecantikan di ruang "shoutbox". Ia juga memaparkan pengalaman saya selama 12 tahun di dalam bidang kosmetik & Asian SPA di bawah pengaruh Ibu Martha Tilaar.



Segmen Wulangreh Jamu
Mengupas rahsia herba dan kesan / akibatnya. Terdapat konsultasi herba untuk penjagaan dalaman lelaki dan wanita, adap tangas & steambath tradisional, situs tradisi rawatan lepas bersalin, urut tradisional & kerokan dan cara-cara betul mengamalkan jamu. Turut mengimbas pengalaman saya dalam bidang ini semasa dua tahun bertugas di syarikat kilang herba di johor dan kursus-kursus bersama ibu woro s. Ada juga diserta sesi soal-jawab jamu di ruang "shoutbox"



Segmen Beautician & SPA
Mengemukakan info pengurusan Saloon, Pemasaran kosmetik & SPA, untuk kemudahan para pengusaha yang terlibat dalam bidang tersebut. Tertera info untuk rawatan saloon untuk facial (all treatment case), rawatan rambut, rawatan badan & Asian SPA dan membantu pengusaha membuat menu rawatan yang benar tanpa ikut mitos. Mencurahkan pendidikan berteras CIDESCO saya serta pengalaman bersama Martha Tilaar SPA.




Segmen Jurnal Arinie
mengisah kehidupan menarik yang dilalui saya sehjari-hari yan g wajar diingati serta dijadikan teladan.







 Segmen Selembar Rintihan Hayat
himpunan cerita-cerita yang digorak dengan santai mengenai kisah kehidupan yang meruntun hati saya. ikut mengajak anda turut mengecapnya.





Dan lain-lain lagi.....




Kunjungi Laman ini
SENTUHAN TINTA SANG PERI
be a follower
www.riesnazaslyjurnal.blogspot.com

1 ulasan:

Rizai Reeani berkata...

Tahniah atas kelahiran blog baru ni kak. Lebih banyak info tentang kecantikan dan terasa lebih dekat dengan diri kak Adreena saat membaca coretan rasanya. =)