Estetika Melayu : Pantun Nyanyian Rakyat



Tumbuk tumbuk emping
emping dalam gantang
mana tikus bunting
lari masuk celah batang

Tumbuk tumbuk emping
emping dalam cupak
mana tikus bunting
lari masuk celah ketiak



 Terkuku pak balan
tercungkit batang nipah
anak bongsu air dalam
jangan turun takut lintah



 Ayam putih pungguk
makan padi jemur
cik teh duk menumbuk
tengok bintang timur

Bintang timur tinggi
jatuh julai nipah
abang duduk mengaji
adik minta sepah

Sepah dalam batil
tepak dalam dulang
belanja tujuh tahil
nanti bapa pulang

Pulang kenek-kenek
masuk lubang batu
pesan datuk nenek
katup lubang pintu



Ayam denak dani
makan petang-petang
jangfan tengok kami
kami baru datang

Ayam denak dani
kokok laung-laung
mari tengok kami
kami orang tanjung 

Petikan
"Nyanyian Tradisi Melayu"
Wan Ramli Wan Mohamad

Tiada ulasan: