Estetika Persandingan Melayu : Adat Tradisi Berinai


 Istiadat Berinai yang dilupakan

 Semakin waktu berlalu, masyarakat melayu kian melupakan adat istiadat berinai ini. Malahan, jika ia diadakan sekalipun, prosedurnya tidak pernah diambil endah. Adat berinai diadakan sekali imbas dan secara membuta tubi sahaja tanpa mengikut saranan nenek moyang.

Ditambah pula ada sebahagian masyarakat masa kini yang berasa adat ini tak perlu dan takut bertentangan dengan perkahwinan melayu secara islam, terutamanya risau akan hukum muhrim berlainan jantina.

Untuk pengetahuan umum, adat berinai telah dirombak prosedur upacaranya semenjak pengislaman melaka dahulu kala. Berikut di buktikan kewujudkan prosedur yang dirombak oleh nenek moyang kita itu yang selaras dengan Islam



Prosedur Adat Berinai


+Alatan berinai yang disediakan adalah tempat pembaraan, dua buah dulang berisi beras kunyit dan beras basuh, lima cepu berisi bunga rampai, minyak berboreh, kelembak, narawastu dan minyak wangi, semangkuk tepung tawar serta seikat daun-daun herba dengan bungaan harum.

+Ayahanda pengantin lelaki mengambil sejemput bunga rampai lalu menabur ke atas pangkuan kedua pengantin

+ diraih pula sedikit beras kunyit dan menaburkannya lagi dengan cara yang sama. setelah itu turut di raih pula beras basuh.

+ merenjis minyak wangi , kelembak dan narawastu

+ mencelupkan ikatan daun-bunga ke dalam tepung tawar lalu membasahkan belakang tangan pengantin lalu membalikkan tangan tersebut.

+ mengambil sedikit inai dari mangkuk lalu mengenakan ke tapak tangan pengantin (lelaki dahulu), bermula dari tangan kanan ke tangan kiri (bapa pengantin tidak menginai pengantin perempuan)

+pengantin lelaki mencium tangan ayahandanya

+ setelah itu, ayahanda pengantin perempuan melakukan adat yang serupa pada pengantin perempuan.


Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Melayu
Yayasan Warisan Johor 2002
Ahmad Fadzil Haji Yassin

8 ulasan:

anaklaut berkata...

salam...


nanti kwin leh berinai..

Faarihin berkata...

adat berinai tu cam bersanding eh?

Riesna Zasly berkata...

farihin, berinai tu, acara sebelum sanding... biasanya dibuat setelah nikah...

tapi ada kalangan orang utara... buat berinai secara asing2 dulu dengan famili masing2... mcm adat sebelum anaknya dilepaskan untuk alam perkahwinan... esoknya nikah dan bersanding...

ko esok nak kawin, jemput akak jer jadi mak andam ko... hehe

anak laut, seronok kalau adat kesuruhan diikut... namkpak meriah... cam org istana gitu hehehe

CT berkata...

Salam Riesna,

Saya tak ikut adat ini:)

kawie2020 berkata...

kawie blom penah merasa adat lama ini..

:: hayati :: berkata...

tp ape tujuan adat tu eh???
kadang nmpk cm bazir jer...huhuhu

salam kenalan jugak...hehe

:: hayati :: berkata...

tp ape tujuan adat tu eh???
kadang nmpk cm bazir jer...huhuhu

salam kenalan jugak...hehe

Riesna Zasly berkata...

hayati... berinai kecil sebagai adat pengantin berangkat ke alam rumahtangga... membawa berkat...

berinai besar sebagai mengambil berkat dari orang tua dan sanak saudara sebagai pemula adat perkahwinan...

adat istiadat inilah yang memperkaya budaya melayu... tampa budaya tiada bangsa sesuatu kaum itu