Nyanyian Melayu Deli yang hampir dilupakan


Baru-baru ini saya agak terkejut dan terkilan. Beberapa orang teman-teman dari Jakarta membuat sebuah kertas kerja mengenai "Tradisi Nyanyian & Muzik Melayu" untuk tesis akhir pengajian mereka. Di situ, mereka terakan lagu "CINDAI' dari penyanyi tersohor Siti Nurhaliza sebagai sebuah irama lagu tradisi melayu yang dikira sebagai lagu asli yang sukar dibawa kerana nada tinggi

Saya amat terkejut dengan kecetekan pemikiran mereka. justeru juga bersedih hati. Ternyata mereka tidak tahu muzik melayu yang benar-benar asli itu bagaimana bunyinya, dan irama melayu asli melayu itu bagaimana bentuk nyanyiannya.



Memang banyak irama melayu yang kita dendangkan saban waktu terutamanya di majlis-majlis kebudayaan tertentu. Terutamanya lagu-lagu rakyat dan kanak-kanak yang kita pelihara secara turun temurun sejak sekian lama.

Namun, kita jangan lupa, ada beberapa lagu melayu asli yang cukup indah seninya sudah hampir lupus di pemikiran anak bangsa. Salah satu sebabnya ia agak sukar dinyanyikan. Bukan hanya oleh kita, tapi juga pada penyanyi masa kini. kKta selama ini di tetek bengekkan dengan lagu melayu asli yang agak mudah difahami dan senang diikut rentaknya.

Pernahkah anda mendengar lagu LELA MANJA dan PASIR ROBOH. Tentu sukar untuk mendengarkan ia dinyanyikan semula sekarang kan? Kalau pernah dengar pun, dari nyanyian penyanyi lama dari rakaman hampir 30 tahun lalu. Dan tiada artis baru yang benar-benar mampu membawanya dalam rentak yang benar-benar berseni. Sayang sekali!!

Siswa di jakarta itu bertanya pada saya, "Mana lagu asli melayu yang kau kata benar-benar hebat itu? Yang tak mampu dibawa oleh che Siti dan artis hebat masa kini?"

Mereka mencabar saya... lalu saya suruh mereka mencari tiga buah lagu melayu deli di bawah ini yang dirakam pada 30 hingga 40 tahun lalu..

Setelah menghayatinya, mereka terus terdiam... berremang bulu roma katanya kagum...

Dibawah entri ini saya lampirkan 3 buah lagu melayu asli bercorak deli tersebut... bagi yang pernah mendengarnya, pasti akan terimbas nolstalgia silam... bagi yang belum pernah tahu, hayatilah dan kagumilah rekacipta nenekmoyang bangsa anda...                             

11 ulasan:

Tunjuk Bintang berkata...

alahai... lagu cindai tu susah sangat ker nak dibawa oleh artis lain.. tapi saya minat gurindam jiwa la.. sampai sekrang segar diingatan..

Riesna Zasly berkata...

tu la... indon2 tu kata camtu lak...

gurindam jiwa tu lagu klasik la cik abang... bukan lagu asli...

anaklaut berkata...

salam...

saya pun minat lagu cindai tu?

mengapa perlu org luar buat tesis? org kita tak buat ke?

tq singgah anaklaut

Riesna Zasly berkata...

entahlah... mungkin diorang tu ambik malay studies di sana tu... masalahnya pengetahuan mereka cetek...

anak laut dah dengar lagu mega mendung di bawah tu yang dijukan khas tu... pi la dengar...

suprise...

Faarihin berkata...

dah lama tak dengar lagu melayu asli..

Riesna Zasly berkata...

cuba lah klik dengar lagu ratapan kamarulzaman tu... akak sampai tangkap nangis mendengarnyer..

sedih sangat

Ridha Reewani / Rizai Reeani berkata...

terus-terang saya tidak pernah mendengar lagu-lagu itu kak. mungkin kerana saya tidak didedahkan padanya.

saya akan cuba cari dan dengar. pasti mengusik jiwa... :)

lovely berkata...

lagu melayu tradisional mmg xbest sgt nk dgr.. ngantuk! tp kalo siti bwk baru ade kesegaran nye.. smoga artis baru mcm mila, shila oiam dpt la nyanyi lagu melayu klasik mcm ni... baru org mude nk dgr! contoh mcm siti tu~~

lovely berkata...

mmg la lagu melayu tradisional agak bosan dan mengantukkn.. tp kalo siti yg nanyi baru rase ada fresh nye. smoga artis baru mcm mila or shila oiam dpt menyegarkn lagi lagu melayu ni.. contohi siti nurhaliza! :p

Riesna Zasly berkata...

memang diharap ada penyanyi pelapis yang dpt dendangkan kembali lagi ini, tapi setakat ni, tiada yang mampu membawanya, terutama key tinggi lagu 'ratapan kamarulzaman dan jalak lenteng tu... sayang sekali

Cikgu Fizik berkata...

salam.. boleh timbulkan semula pautan dan nama 3 lagi asli Deli tersebut ? linknya tiada... terima kasih.