Rimbunan Pertitih Melayu











hendak kaya berdikit-dikit
hendak tuah bertabur urai
hendak berani berlawan ramai
Maksudnya : jikalau hendak kaya mesti berjimat, inginkan tuah haruslah bermurah hati dan hendak berani mestilah selalu mencuba

hendak mara bedill bertubi-tubi
hendak undur gelar sudah besar
Maksudnya : apabila diberi pangkat, hendak menjaga taraf, namun wangtak cukup. hendar undur berasa malu sebab sudah berpangkat

hendak melangkah, kaki pendek
hendak mengapai, tangan tak sampai
hendak terbang tiada bersayap
hendak hinggap, tiada berkaki
Maksudnya : ingin, tapi tak berupaya

hendak menebang, merebahkan
hendak mencencang, memutuskan
Maksudnya : buat kerja ikut cara yang betul

hendak tinggi, terlalu jatuh
hendak panjang, terlalu patah
Maksudnya : ingin tunjuk kaya, langsung jatuh miskin

Pantun & Gurindam
Prof Abdullah Hassan

Tiada ulasan: