Estetika Perkahwinan Melayu : Adat Bersanding



Kita selalu mengkagumi adat perkahwinan jepun dan jawa yang kaya dengan adat resam mereka, dan adakalanya istiadat mereka terlalu rumit tatkala dilihat.

Untuk pengetahuan, adat istiadat persandingan melayu juga pada asalnya agak tertib dan rumit untuk dilaksanakan. Kehalusan estetika bangsa jelas terserlah di dalam perlaksanaan adat tersebut. Sayangnya tertib nan halus ini sudah mulai dilupakan oleh golongan muda.

Berikut dilampirkan adat istiadat persandingan melayu yang asal menekuri protokol halus kekeluargaan, seni yang tertib beradat dan kaya budayanya.


Prosedur adat persandingan melayu

+ pengantin perempuan sudah duduk menunggu di atas pelamin

+ pengantin lelaki di bawa masuk

+ apabila tiba di depan anak tangga, bonda pengantin perempuan menaburkan beras kunyit dan bunga rampai ke atas kaki pengantin lelaki

+ pengantin lelaki hendak masuk ke depan tetapi dihalang beberapa kali



+ pengantin lelaki mencabut cincin zamrud dari jarinya dan diberi kepada bonda pengantin perempuan, barulah dia dibenarkan maju

+ pengantin lelaki, diiringi oleh ayah dan bondanya serta ayah pengantin perempuan masuk disambut oleh bonda pengantin perempuan

+ pengantin lelaki didudukkan di sebelah kanan pengantin perempuan


+ nasi adat adap-adapan yang dihiasi dengan bunga telor dihidangkan kepada dua pengantin

+kedua-dua bonda pengantin lelaki dan perempuan menghampiri pelamin

+ bonda pengantin perempuan mengambil sejemput nasi adap-adapan lalu meletakkannya di tangan kanan pengantin lelaki, pengantin lelaki menyuapkan nasi adap-adapan itu kepada pengantin perempuan

+ kemudian bonda pengantin lelaki meletakkan sejemput nasi yang sama di atas tangan kanan pengantin perempuan supaya menyuapkannya pula kepada pengantin lelaki

+ istiadat ini diulang tiga kali



+ kemudian kedua-dua pengantin datang mendekati kedua-dua ayah dan bonda mereka lalu bersalam dan mencium tangan mereka.

+ setelah itu barulah dimulai upacara bertepung tawar. Bermula dari ayah dan bonda kedua pengantin, diikuti sanak saudara yang paling tua hingga ke muda, dan barulah sahabat handai.



Adat Istiadat Melayu
Yayasan Warisan Johor
Ahmad Fadzil Haji Yassin


PSS : Banyak respon golongan muda yang menyatakan adat sebegini agak membazir. Sedangkan mereka sanggup pula membuat acara potong kek yang terang-terang bukan budaya kita serta ditiru bulat-bulat dari barat. Alangkah moleknya adat yang kaya dan halus berseni ini diteruskan. Lebih elok digantikan dari acara potong kek itu.  

Hormatilah seni budaya kita sendiri dulu sebelum mahu bangsa lain menghormatinya...
Peliharalah ia agar ia menjadi lambang diri kita sebagai sebuah bangsa yang kaya bertamadun...

2 ulasan:

Fish of Pisces @ 5th_E berkata...

Assalamualaikum

Banyak istiadat perkahwinan Melayu sudah berbaur dengan budaya lain. Anataranya, di rumah pengantin perempuan, patutkah pengantin perempuan itu di bawa keluar dan di arak ke pelaminan? Kalau ikutkan orang lama, pengantin perempuan menanti di atas pelamin. Seperti apa yang saudari nukilkan. Sayang tertib Melayu dan Islami itu hilang dihakis zaman.

Saya sebagai seorang jururias/ perancang perkahwinan selalu cuba mengembalikan sedikit sebanyak istiadat lama yang memang jarang atau langsung sudah tidak di amalkan. Terima kasih dengan nukilan saudari ini.

Semoga banyak lagi anekdot tatacara istiadat perkahwinan MElayu dapat dikongsikan di sini.

Riesna Zasly berkata...

terima kasih dtg berkunjung... memang sayang krn banyak adat istiadat melayu sudah byk dilupakan... misalnya adat berinai, hampir pupus... syukurlah masih ada insan seperti saudara masih menghargainya...

moga lebih ramai anak muda menghargai seni peninggalan kesantunan nenek moyang ini