Antara karya terawal pada tahun 1995
Di sudut matamu
Membundar segala rahsia
Apa yang harum
Apa yang tersira
Lewat hatimu yang bersih
Seputih kembang melati
Di ruang matamu
Menyeri suatu harapan
Ada yang jernih
Ada yang lengket
Akan dipaut dengan terangkai
Hati nan satu
Di kelopak matamu
Mengerdipkan sebuah perlindungan
Akan ada cinta
Akan ada kemesraan
Menyerlah sinar kasih
Terabadi nan syahdu
Di saujana matamu
Merenungku seribu nada
Kau tetap milikku
Ku anugerah untukmu
Meniti hari yang belum pasti
Tentuan girang suramnya
Dan di peritian mataku
Dan di peritian mataku
Tergenang air-air nan bening
Ada rasa haru
Punya hati yang pilu
Di kala ku tahu
Hati kita kian bersatu
Diantara matamu dan matamu
Tersisa segerah pengertian
Kasih kita adalah rahsia
Cinta kita hanyalah berdua
Biarpun hanya mampu terbaca
Lewat mata kita yang mempelita
RIESNA ZASLY
23 March 1995
23 March 1995
Himbauan kenangan Base A-Droit (First Touch)
Architecture Class of 1991
Universiti Teknologi Malaysia
Architecture Class of 1991
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor
11 ulasan:
tiada yang sehebat mata anda
salam puisi
terlalu indah anyaman kata
kelarai bahasa
tentang mata
tentang rasa dan kecintaan
setulus pandang..
Dari hati turun ke mata..
rindu kat akak.. moga akak sihat2 selalu.. (^__^)
dari kerana mata
yg mempunyai kuasa
aku tergoda
aku tergoda
terkeciwa
**dari matamu yg bundar ku lihat ada sinar cinta yg tulus...
Salam..
kisah hamba kisah cinta
sebak dada menahan gelora
kasih hamba jauh di mata
namun di jiwa rindu membara
sudahnya cinta materai janji
sudahnya hati memahat rasa
fitrah kasih kadangkala diuji
kelak di mata mengikat mesra
Benar bila seseorang sedang jatuh cinta matanya selalu bercahaya!
Dari mata turun ke hati..
bertautnya kasih disulami sayang
memutik rindu
biar nan jauh di mata
namun setia.. dekat di hati....:):)
salam ris,
Mata adalah punca, maksiat
berleluasa
Sekali pandang, adalah
panahan racun syaitan
berbisa yang amat
Mata, adalah anugerah
Tuhan, menyaksi keagungan
ciptaan-Nya
ada org kata, dari mata turun ke hati..
Salam caiyang Ries...
Ada sendu
Ada pilu
Bila Kau dan aku
Menjadi Satu
Suatu ketika dahulu
Punah menjadi
dongeng rindu
bestnya... suka dgn ungkapan yg shyadu lalu tersusuk ke kalbu..
hatiku hatimu jua...aduhhh..
renungan mu tersusuk ke jiwa..
hissshh.. best
nenek suka dn suka
Catat Ulasan