Lafazan ‘Laailaha illallah’ tanpa hitungan
Detik waktu bukanlah alasan
Cemerlang berzikir suatu amalan
Perilaku tertinggi sebuah kebaikan
Rahmat kiamat sisipan insan bertuah
Syafaat Rasul limpahan anugerah
Akrab berkalimah ‘Laailaha illallah’
Bacaan khusyuk ikhlas bertarbiah
Hadis rasullullah bukti pegangan
‘Laailaha illallah’ kesohoran iman
Tiada tudingan dosa peninggalan
Tiada amal terbanding persamaan
Seruan ‘Laailaha illallah’ sejujur jiwa
Rukun ummah teguh berwibawa
Lantunan ‘Laailaha illallah’ setulus hati
Pintu langit terbuka tidak terperi
Doa kan diutus naik ke arasy
Syarat dosa besar haruslah dijauhi
Tuturi ‘Laailaha illallah’ seutuh redha
Sabda rasulullah jadikan nur percaya
Tiada halangan mampu memperdaya
Kalimah terutus pada Allah sahaja
Andai langit bumi saksi taruhan
Dacing penentu saksi pertimbangan
Zikir ‘Laailaha illallah’ bukan tandingan
Berat hikmah ketara menentukan
Ucapan ‘Laailaha illallah’ mesra sebatin
Silaturahim ummah kekal diprihatin
Riesna Zasly
July 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan