Nanti....


Batin menanti
komulus cerah itu hadir
putih mengapas pembawa ria
arakan bersuling kuningan mega
mengacah litupan lazuardi dingin
sepenuh menghias nuansa hari

tanpa tandangan gerombolan hitam
membawa buncit bening air
menitip cela

semoga...

1 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Salam puisi my dear...
It's me mamamin..ingat lagi tak? Selepas 3 tahun mama kembali ke laman sosial, blog lama tak boleh nak buka, sebab email dah tak aktif.
Lagipun rasa sedih juga bila dapat perkhabaran Cikgu Hisham, sahabat kawie meninggal dalam kemalangan sebulan selepas berkahwin.
Rasa terkilan kerana gagal berjumpa beliau sebelum mama berangkat keluar negara.
Riesna,
Sangat rindu dengan hasil karya Riesna. :) harap Riesna sentiasa sehat dalam lindungan rahmat Dan redhaNYA. :)
Takde siapa tahu mama Ada semula di laman sosial. Followers yang Ada semua baru.
Komen ni tak payah publish ya...