Muafakat Bunga


Kita dari spesies bunga yang serupa...
Tegak menumbuh menghadap muka bersama...

Mengembang kelopak yang sama...
Berlindung di tapak gelas jernih yang sama...
Menghirup air tawar tidak tercemar yang sama...

Memijak bumi melata yang sama...

Menjunjung langit biru yang sama....


Biarpun hanya warna kelopaknya sahaja yang berbeza...


Begitu banyak persamaan...

Hanya ada secebis perbezaan...


Jadi, untuk apa saling berbalah...

Jadi, untuk apa jiwa saling menimbul iri...

Jadi, untuk apa harus saling mencerca...

Jadi, untuk apa raga saling mengukur beza...


Hargailah sebegitu banyak persamaan itu...

Darpada sengketa memikirkan secebis perbezaan...


Salam perpaduan


SELAMAT HARI MERDEKA KE 52

for all MALAYSIAN

Tiada ulasan: