ANTOLOGI CERPEN YANG MENAWAN
"KEKASIH SAM PO BO"
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Abendeen Book World
Hlmn : 327 m/surat
Genre : Koleksi Cerpen
ULASAN BUKU
"Cinta hatinya jauh, pelayar hebat dan pemimpin armada laut. Dia cinta hati Aminah; sungguh besar, kerana menerusi wanita anggun kerajaan melayu kerajaan melayu melaka itu langsung yakin, datang percaya - keesaan Tunggal, dan bila percaya mesti beriman dan sanggup melakukan apa sahaja. Begitulah kasihnya tumpah buat Sam Po Bo, lelaki yang matanya kehijauan, dia sampai nanar menceritakan. Percintaan Agung seorang laksamana dengan muslimah ayu, sun gguh ini kisah cinta!"
Cerpen "Kekasih Sam Po Bo"
Buku ini menghimpunkan 30 cerpen terbaik karya Faisal Tehrani dalam pelbagai tema yang memukau penghayati. Daripada himpunan cerita pendek ini, kita seakan menghayati perjalanan seni seorang pengarang muda yang berbakat ini. Bermula dari beliau berkembang di tema kemanusiaan dan kekeluargaan yang agak kasual hinggalah beliau menyelusuri tema-tema yang lebih 'berani' dalam unsur kerohanian serta falsafah.
Antara cerpen terbaik di dalam antologi ini adalah :
+ Irisan-Irisan Mimpi = mengisahkan seorang guru yang menjejak kekasih arwah ayahnya di bumi borneo. Pencarian cinta pertama sang ayah yang meleburkan jiwa arwah ibu selama hidupnya. Sangat menyayat hati serta penuh dengan unsur kekeluargaan
+ Cahaya Pada Jiwa = bertemakan 'rasuah'... seorang yan g serba salah dalam menerima pemberian yang berbentuk rasuah, bergolak jiwa dalam meletuskan halal dan haram hukumnya.
+ Ratu Kosmetik = tema sinis tentang ketakjuban wanita melayu mencantikkan diri dengan kosmetik barat. Sedangkan ilmu kecantikan melayu sarat dengan manafaat yang tidak digali.
+ Cik Siti Mustika = tema klasik tentang biduanita zaman kerajaan melaka dan peretandin gan seni suara. Memaparkan kesantunan budi dan keluhuran budi pekerti yang baik dalam masyarakat melayu purba.
PSS : Saya memiliki karya terbaik ini pada bulan Februari 2009. Ketika itu, sedang takjub dengan karya beliau "TUHAN MANUSIA" yang sarat falsafah. Himpunan karyanya sangat menarik. terutamanya dari sudut penyusunan tema yang mencabar, penggunaan bahasa sastera yang indah dan tersendiri serta plot-plot penceritaan yang sempurna. Sangat bertuah memilikinya untuk di jadikan koleksi peribadi.
Dalam buku ini juga terdapat 'hadiah' gambar pengarang semasa mudanya yan g tampan sekali. Dengan pauh pipi menggebu dan bertubuh menarik... Tidak seperti paras beliau sekarang yang sudah kurus hehehe..
Saya memiliki hampir kesemua karya beliau sebagai koleksi khas di sudut kutubkhanah peribadi. Antara yang saya miliki :
* Perempuan Politikus Melayu (edisi awal dengan Zebra publioshing) dimiliki pada tahun 1995
* Cinta Hari-Hari Rusuhan (creative enterprise)
* Tunggu Teduh Dulu (Ameens) yang paling disukai
* Bila Tuhan Berbicara (drama)
* Tuhan Manusia (ameens)
* Surat\2 Perempuan Johor (karya bahasa paling indah dari beliau)
* Karya lama beliau dalam edisi awal ; Mimpi dari Syorga, Rahsia Ummi, Cerpen Underground, Nama Beta Sultan Alauddin dan banyak lagi...
Teman-teman harus mencari dan memiliki karya beliau ini terutamanya bagi para penulis muda. Ia amat bermanafaat dan tetap segar dihayati sepanjang zaman.