Salam Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Minal Aizin Wal Faizin
Maaf Zahir Batin

SAVE M. DAGUN : Filsafat Eksistensialisme


"Eksistensi manusia itu bukan terletak pada bahwa ia ada tetapi lebih tertuju pada kehendak yang dapat menerobos baik 'ada'nya mahupun yang bukan 'ada'nya. Eksistensi ini bergerak dalam dua kutub iaitu di antara 'tidak berada' dan 'berada'. Hal ini dimungkinkan kerana  manusia adalah satu penjelmaan berada. Suatu makhluk dalam erti identik dengan tubuhnya tetapi juga lebih dari itu. Tubuh itu hanya satu daerah perbatasan sahaja kerana di satu pihak manusia itu dapat menguasai tubuhnya - misalnya bunuh diri - sementara di lain pihak manusia tidak dapat bebas dari tubuhnya. Dalam keadaan ini, kesatuan manusia dengan tubuhnya dapat dikatakan sebagai manusia adalah tubuhnya. Diri manusia berada dalam daerah perbatasan, tubuhnya menjadi titik pertemuan antara berada dan tidak berada."

Save M Dagun


Malaikat Juga Tahu


 Kelmarin
kulihat awan membentuk wajahmu
desau angin meniupkan namamu
tubuhku terpaku

Semalam
bulan sabit melengkungkan senyummu
tabur bintang serupa kilau auramu
aku pun sedari
ku segera berlari

Cepat pulang, cepat kembali
jangan pergi lagi
firasatku ingin kau untuk
cepat pulang, cepat kembali
jangan pergi lagi

Akhirnya
bagai sungai yang mendamba samudera
ku tahu pasti ke mana kan ku bermuara
semoga ada waktu

Sayangku
ku percaya alam pun berbahasa
ada makna di sebalik semua pertanda
firasat ini...
rasa rindukah
atau tanda bahaya?

Aku tidak perduli
ku terus berlari

Dan lihatlah, sayang
hujan turun membasahi
seolah ku berair mata

Aku pun sedari
kau takkan kembali lagi

DEWI LESTARI "DEE"
Recto Verso
Good Faith Indonesia

Sisipan Puisi Klasik


Apabila dia berjumpa dengan tuhan
dengan penuh dosa serta kesilapan
lagunya separuh tertulis
kerjanya separuh siap
yang tahu laluan mana
kaki lukanya memijak
kedamaian membukit
ataupun kesakitan yang dirasai

Saya harap Tuhan akan senyum
dan memegang tangannya
lalu berkata ; 
"Kasihan kaki ponteng!"
"Si bodoh gairah!"

Undang-undang kehidupan 
sukar difahami
Kenapa kamu tidak kekal sahaja
belajar di sekolah?

Charles Hanson Towne
1877

SISIPAN ROHANI RANAH 3 WARNA

Anak-anakku...

Akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup. Badai itu boleh jadi diluar diri kamu., boleh jadi badai dalam diri kamu. Hadapilah dengan tabah dan sabar, jangan lari. Badai pasti akan berlalu.


Anak-anakku...

Badai paling dahsyat dalam sejarah manusia adalah badai jiwa, badai rohani, badai hati. Inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman, logik, kepercayaan diri dan tujuan hidup. Akibat badai ini boleh jadi lebih hebat dari badai fizikal. Menangilah badai rohani dengan iman dan sabar, kamu akan menjinakkan dunia akhirat.


Anak-anakku...

Apabila badai datang. Hadapi dengan iman dan sabar. Laut yang tenang adalah untuk ditakluki, bukan ditangisi. Bukankah karakter pelaut handalan ditatah oleh badai yang silih berganti ketika melintas lautan tidak bertepi?

Kial Rais
Pondok Madani

Sedutan dari Novel RANAH 3 WARNA
Karya A Fuadi
PTS Litera Utama Sdn Bhd Malaysia
PT Gramedia Pustaka Utama Indonesia
2011

GURINDAM : Senada ‘Laailaha illallah’


Lafazan ‘Laailaha illallah’ tanpa hitungan

Detik waktu bukanlah alasan
Cemerlang  berzikir suatu amalan
Perilaku tertinggi sebuah kebaikan

Rahmat kiamat sisipan insan bertuah
Syafaat Rasul limpahan anugerah
Akrab berkalimah ‘Laailaha illallah’
Bacaan khusyuk ikhlas bertarbiah

Hadis rasullullah bukti pegangan
‘Laailaha illallah’ kesohoran iman
Tiada tudingan dosa peninggalan
Tiada amal terbanding persamaan

Seruan ‘Laailaha illallah’ sejujur jiwa
Rukun ummah teguh berwibawa

Lantunan ‘Laailaha illallah’ setulus hati
Pintu langit terbuka tidak terperi
Doa kan diutus naik ke arasy
Syarat dosa besar haruslah dijauhi

Tuturi ‘Laailaha illallah’ seutuh redha
Sabda rasulullah jadikan nur percaya
Tiada halangan mampu memperdaya
Kalimah terutus pada Allah sahaja

Andai langit bumi saksi taruhan
Dacing penentu saksi pertimbangan
Zikir ‘Laailaha illallah’ bukan tandingan
Berat hikmah ketara menentukan

Ucapan ‘Laailaha illallah’ mesra sebatin
Silaturahim ummah kekal diprihatin

Riesna Zasly
July 2011