Kita dari spesies bunga yang serupa...
Tegak menumbuh menghadap muka bersama...
Mengembang kelopak yang sama... Berlindung di tapak gelas jernih yang sama...
Menghirup air tawar tidak tercemar yang sama...
Memijak bumi melata yang sama...
Menjunjung langit biru yang sama....
Biarpun hanya warna kelopaknya sahaja yang berbeza...
Begitu banyak persamaan...
Hanya ada secebis perbezaan...
Jadi, untuk apa saling berbalah...
Jadi, untuk apa jiwa saling menimbul iri...
Jadi, untuk apa harus saling mencerca...
Jadi, untuk apa raga saling mengukur beza...
Hargailah sebegitu banyak persamaan itu...
Darpada sengketa memikirkan secebis perbezaan...
Minggu lalu, teman-teman di sebuah laman web komuniti terkemuka telah mengadakan sebuah sesi menarik... "SIAPA IDOLA SEMASA KECIL ANDA?"... persoalan itu mengungkap kenangan silam yang membuat saya menyungging senyum... entah senyum lucu, gairah atau senyuman pesona gara-gara terimbas memori lama itu... justeru mengingatkan saya pada sebuah wajah...
Kehidupan kanak-kanak dan era remaja saya bergalur dalam tahun 80an.. Dikala wanita ini tampil pesona mengundang riak pesona di serata dunia... Saya mengagumi dia... Mengimpi untuk berfesyen seperti dia... Berparas rias rupa seunik dia... Malah gambarnya sering disimpan di balik-balik lembaran buku sekolah... (Biarpun, kawan-kawan lain suka menyimpan helaian daun mati di belah buku mereka tika itu hahaha)... dia idola zaman kecil saya... RATNA SARI DEWI SOEKARNO...
Wanita ini amat popular pada tahun 80an... kehidupannya menjadi bualan umum... isteri ke-empat kepada Bapa kemerdekaan Indonesia yang penuh kontroversi, Presiden Soekarno... Kata orang, dia seorang geisha jepun yang sangat jelita dan diangkat martabatnya menjadi wanita ternama di Indonesia... Ada yang kata ia "kado emas dari jepang"... dan pelbagai tanggapan lain...
RATNA SARI DEWI penuh kontroversi... semasa saya di Jakarta... wajahnya menjadi idola pada para penggemar kecantikan... fesyennya menjadi legenda... ada teman di Jawa berkata penuh rahsia... DEWI seorang wanita yang kisah hidupnya menarik sekali... menjadi isteri keempat yang dicemburui oleh isteri-isteri Soekarno yang lain... setelah suaminya meninggal dunia, dia disisih tanpa sebarang harta oleh madu-madunya... segala harta di Indonesia dibolot oleh isteri-isteri yang lain... membuat dia berhijrah ke Perancis tanpa sebutir wang bersama putrinya, Kartika... namun, rupanya sang presiden mempunyai harta yang lebih banyak di luar Indonesia... semuanya diserah padanya, justeru membuat dia kaya raya... ternama... dia menjadi CINDERELLA yang menjadi jutawan setelah sang suami mati!.. Gambar-gambar bogelnya yang penuh seni juga mengundang kontroversi yang hebat... membuktikan tubuhnya yang awet muda biarpun dalam usia 40an... Tidak dimamah usia...
Mereka tanya saya, "MENGAPA SUKA DIA?"... saya ketawa.... dia tangguh... kisahnya seperti CINDERELLA... kupu-kupu yang berubah cantik setelah menempuh kepekatan sebuah malam... Berkali-kali menempuh cabaran... biar pun harus meninggalkan negara dan keluarga... senyumnya tetap terukir...
"Tiada perempuan yang dapat melirik senyum sepersis dia biarpun badai hidup terus menimpa"
PSS : Menjadi seorang yang kreatif memang suatu bakat yg amat berharga.. tak kira apa seni sekalipun, asal ia bernaung dibumbung positf serta enak dengan kecantikan yang tersendiri ia tetap hasil seni...
Thanks for all my friends... terutamanya dari tagged, myspace, facebook & kapasitor
PERLANTIKAN SASTERAWAN NEGARA KE 10DR ANWAR RIDHWAN
ULTAH USIA 75
A SAMAD SAID
PSS : Banyak catatan sejarah yang dinukil pada batu bersurat sastera tanahair di bulan Ogos ini.. biar pun bulan Ogos ini bagi saya secara peribadi situasi hambar mencengkam di mana-mana... krisis H1N1 melanda kronik di seluruh dunia yang mencemar kerukunan bermasyarakat... membiar sepi persahabatan... gara-gara takut dijangkiti, sikap individual makin meraja... Juga banyak aneka bencana melanda persada dunia... taufan di Taiwan dan asia timur... krisis politik di myammar yang menghumban demokratik seorang perempuan bertubuh kecil.... politik kita yang makin huru hara... berbaur sengketa agama dan kaum... Belum masuk memikirkan ekonomi yang entah bila akan pulih kemelestannya...menakutkan bukan...
Seorang teman penulis ada berkata kepada saya, peristiwa-peristiwa ini makin mengencangkan penanya... banyak yang dicatat... menarik pula... saya terkelu... menarik? Yang buruk itu dikatakan menarik?... atau yang tak mudah dilupa itu yang dikatakan menarik?... atau yang tak mudah dilupa terutamanya peristiwa buruk itu yang dibilang menarik pula?... Wah ternyata manusia hanya menilai yang buruk-buruk sahaja ya! Dia ketawa bila saya mintak ulas...
Bulan Ogos yang dijangka patriotik menjadi hambar dimana-mana... Kering... gontai... Lemah...
NOVEL 'ANUGERAH'Karya Novel Terpanjang Di MalaysiaZaharah Nawawi
SIPNOSIS
Tentu ramai yang terkejut atau tidak tahu.. Saya sendiri pun tidak begitu mengenali karya besar ini dan pengarangnya yang dinyatakan 'otai' dalam bidang penulisan... Selama ini, ramai ulat buku yang mengetahui novel yang paling panjang adalah novel karya LIANA AFIERA MALIK iaitu "BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN" (1211 mukasurat)... Namun, kita semua silap... Sebelum wujudnya novel "BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN " itu, sudah ada sebuah novel yang paling panjang lagi, malah rekod tak dipecahkan sampai sekarang...Novel "ANUGERAH" terbitan DBP mempunyai 1,351 mukasurat... yang penuh cabaran bagi saya untuk membacanya... berkisar zaman menuntut kemerdekaan bagi Malaysia umumnya, justeru perjuangan seorang wanita dalam politik & kehidupan rumahtangganya juga... Membaca bab demi bab mampu menaikkan semangat politik dalam jiwa... aura hidup juga meningkat... penuh motivasi...Secara peribadi, Zaharah Nawawi bukanlah penulis kegemaran saya, berpaksi pada ciri-ciri sasteranya yang agak serius dalam konsep kewartawanan... tambahan pula, saya lebih mengemari sastera yang bercorak lembut dengan bahasa puitis berseni seperti Bonda Siti Zainon... Namun susunan plot cerita novel "Anugerah" ini agak menarik juga... Rasa kagum kerana dapat menghayatinya... Untuk pengetahuan semua, inilah karya Zaharah nawawi yang pertama saya baca....Saya rasa, teman-teman wajib membaca karya "BERAT" ini... kerana banyak sekali pengalaman dan pengertian plot tertera di dalamnya... Very nice!!
Genap 90 hari saya menyepi di dunia yang menjadi nyawa... bukan berehat, namun terjelubos ke kewajiban lain yang tak mampu di elak... penelitian pada tragedi yang tak mampu dilangkah... harus di tempoh penuh Qadak & Qadar....Saya menerima 52 message dari teman-teman... 27 dari email yahoo serta sebahagiannya pada pesanan di laman facebook saya... malah teman-teman yang akrab di kapasitor net (Saya amat hargai mereka)... menanyakan saya yang menghilang diri... yang seperti merajuk untuk berkarya... merajuk pada mereka hingga hilang tanpa pesan...Bukan mudah mencari jalan pulang... tidak mudah juga untuk melangkah jenang kembali... saya merangka sepenuh masa selama 90 hari itu untuk berbagi masa yang ada... berkarya... berhubung teman -teman... justeru menunaikan 'tanggungjawab' saya di sini... Tidak mudah sebenarnya... namun untuk kembali itu adalah PASTI!Esok saya akan mula berkarya kembali... berdamping teman-teman yang amat setia... memulai luahan rasa raga yang menelusuri suka duka... mengkanvas warna-warna silam agar kembali cerah merona jingga kirmizi senja... menghidupkan pena sulap ini
Hujan Pagi adalah novel antihero. Hujan Pagi boleh dikatakan sebagai 'novel of ideas'. Novel ini mengesahkan liku-liku kehidupan golongan wartawan yang diketuai oleh Lokman. Mereka terpaksa menghadapi berbagai halangan dan rintangan dalam menghadapi penjajah. Lokman bercita-cita untuk memajukan masyarakat dengan menggunakan akhbar Hujan Pagi. Kemunculan Hujan Pagi hanyalah halusinasi di bawah sedar Lokman. Lokman hidup dalam dua dunia yang kacau, iaitu dunia nyata dan dunia 'imagistiac'. Lokman tidak dapat membezakan dua dunia yang dihadapinya. Dalam dunia yang nyata, Lokman adalah seorang pengelola ruangan bacaan di akhbar Sinar Pagi. Akhbar Sinar Pagi mewakali zaman kini. Fenomena ini dibicarakan oleh A. Samad Said sehingga menampakkan unsur-unsur 'realisme magis'.
Hujan Pagi mengesahkan dunia kewartawanan. Dunia A.Samad Said sendiri. Dunia kewartawanan yang diceritakan terbahagi kepada dua era, iaitu era era 20-an hingga 30-an serta era 70-an. Era 20-an hingga 30-an diterajui oleh oleh Lokman, Rahman, Basri, Musir Ali dan Mehmod Bey. Mereka berjuang dalam zaman pemerintahan Jepun di Malaya. Lokman, Ruzsim, Rahman dan Basri berganding bahu berjuang menentang pemerintahan Jepun di Malaya. Perjuangan mereka menentang kolonis bertujuan memartabatkan semula maruah ketuanan Melayu.
Era 70-an diwakali oleh Ruseli, Narisah, Arfiah, Zuhri, dan Muayah. Mereka membawa bentuk baru dalam dunia persuratkhabaran. Surat khabar yang diwakali mereka ialah Sinar pagi. Bentuk baru Sinar Pagi menyebabkan Lokman tertekan dan terasa diketepikan. Lokman tidak dapat menerima hakikat tersebut. Perubahan yang hendak dibawa menghancurkan cita-citanya untuk membentuk bangsanya. Tekanan ini menyebabkan Lokman terlontar ke dalam halusinasi yang sukar untuk dipulihkan.
Dalam dunia neologisme yang berpanjangan ini, Lokman digambarkan oleh Idrus mempunyai kesadaran yang berjerebu atau konfubulasi. Sebentar sedar, sebentar tidak. Akhbar Sinar Pagi menjadi akhbar Hujan Pagi dalam dunia halusinasi Lokman. Lokman merasakan kehadirannya dalam akhbar Hujan Pagi lebih bermakna.
Keinginan Lokman untuk menjadi Ketua Pengarang dan disegani di alam realiti menjadikan dirinya berubah keperibadian apabila perkara sebaliknya berlaku. Lokman tidak dilayang sewajarnya. Kehadirannya diperlekehkan. Kegawatan ini menyebabkan Lokman terus berhalusinasi. Ditambah pula dengan penekanan yang diberikan oleh pihak pemerintah ke atas akhbar Hujan Pagi.
Rencana yang ditulis oleh Lokman dan Rusli mencurigakan pihak pemerintah. Akhbar Hujan Pagi ditahan dari diedarkan. Pengiriman Hujan Pagi melalui keretapi disekat. Dalam peristiwa lain pula, kolonis telah menyoal siasat serta membuat tangkapan terhadap Ruseli, Gazis, Arfiah dan Lokman sendiri. Kejadian ini menyebabkan Lokman kecewa, lalu membuat keputusan mengasingkan diri di sebuah pulau misteri yang menyerupai seekor buaya besar atau ikan paus, juga disebut Pulau Syahrun Nawi. Di pulau ini Lokman menemui Kitab Batin Melayu. Ribut halusinasinya bertiup semakin kencang. Dia dihinggapi psikosis dan menjadi gila. Dr. Ahmad Dio, seorang pakar psikiatri dipanggil untuk memulihkan penyakit Lokman.
Lajis adik Lokman, mengalami konflik jiwa akibaat memikirkan keadaan abangnya. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan abangnya selama sepuluh tahun kerana berada di luar negara. Lajis cuba mengesani dan mengubati penyakit Lokman. Lajis semakin tertekan apabila kematian tunangnya, Asniah akibat kemalangan jalan raya.
Hujan pagi juga turut mengemukakan kisah hidup golongan wartawan. Antaranya ialah Musir Ali yang mempunyai lapan orang anak, dan dia terpaksa tunduk pada keadaan. Dia rela dilabel dengan pelbagai gelaran kerana sanggup menduakan perjuangan dunia akhbar. Dia mempertahankan penderiannya demi melihat keluarganya tidak kelaparan.
Setiap bab dalam novel ini boleh berdiri dengan sendiri dan membicarakan persoalan yang berbeza. Pembaca mesti bijak menjalinkan bab-bab yang dikemukakan dalam novel ini untuk menjadi cerita itu berkaitan. A. Samad Said seolah-olah tidak mementingkan cerita dalam novel ini. Cerita banyak ditumpukan melalui watak-watak Lokman, Lajis dan Norisah. Boleh dikatakan tiada penyelesaian masalah dalam novel ini. Lokman gagal mengatasi masalahnya, Lajis masih buntu akan hubungan dengan abangnya, sedangkan Norisah terus berkemelut dengan masalah cinta.
Membaca Hujan Pagi memerlukan banyak kesabaran dan daya tahan. Jika tidak, kita akan terus berhenti, tanpa menghabiskan untuk menikmati novel ini. Urutan ceritanya lambat, melompat-lompat dan tidak teratur. Hujan Pagi bukan sekadar untuk dibaca. Hujan Pagi mesti ditelaah dengan teliti. Tanpa mentelaah, pembaca akan keliru di mana dia (pembaca) berada. Puluhan watak dikemukakan dalam novel ini. Novel ini berkisar tentang alam nyata dan sekejap-sekejap pula berpindah ke alam tidak nyata.
Hujan Pagi adalah novel intelektual, novel yang penuh dengan ilmu, saranan dan falsafah. Unsur-unsur sejarah, politik, psikologi, legenda dan fasafah diperkatakan dengan meluas dalam novel ini
PSS : Pernah seorang teman bertanya kepada saya, novel apakah yang paling saya lewat untuk saya menghayatinya?... Nah! saya memang cepat membaca buku... malah novel 500 mukasurat novel, kekadang saya boleh membacanya tak sampai dua hari. Begitu cepat membaca justeru menghayati jalan ceritanya sekaligus. Namun saya kalah pada novel HUJAN PAGI ini. Wah! Karya ini benar-benar mencabar daya intelektual diri... penyampaian plot sasteranya juga amat tinggi. Biarpun tak sampai 300 mukasurat sahaja, hampir sebulan baru saya dapat menghayatinya... dengan lelah... dan kemudian baru tahu betapa HEBAT seni ceritanya... Ini adalah kerana, terpaksa mengulang beberapa mukasuratnya untuk memahami plot... Pengalaman menghayatinya benar-benar membuak pengalaman baru.. Saya tak pasti masih ada terdapat di pasaran buku terbitan 1995 ini (DBP)... tapi, teman-teman wajib menghayatinya jika ingin mengenali sastera hebat melayu...Karya yang sangat Ulung!