PSS : Diantara karya puisi Bonda Siti zainon Ismail yang menjadi kegemaran saya... Kosa kata yang meruntun hati... mendamai di jiwa... di nukil kembali buat kenangan... berkongsi yang "indah" bersama teman-teman...
Ranggawarsita adalah seorang pujangga jawa yang hidup pada tahun 1802 hingga 1873. Beliau banyak menghasilkan karya di dalam bidang fisafat, kebudayaan dan ramalan jawa. Di antara kitab jawa yang terkenal dihasilkannya ialah serat cemporet dan serat jayengbaya.
Kitab jawa serat cemporet adalah ciri roman jawa yang menceritakan kisah percintaan, peperangan dan kehidupan masyarakat jawa lama. Selain itu, kitabnya yang paling terkenal ialah asmaradana dan kinanti. Roman kemasyarakat jawa yang berunsur falsafah silam.
Serat jayengbaya adalah sebuah kisah yang menjadi favourite saya. Mudah difahami, penuh lucu tapi penuh makna. Ia menceritakan tentang seorang yang bernama jayengbaya yang amat gemar berkhayal. Ia berangan angan untuk memilih pelbagai jenis kehidupan dan status yang berbeza. Dari penjaga kuda, penabuh gamelan, pemain topeng reog, hingga ke pengacara, pencuri, orang gila, pengemis, anjing dan bahkan hampir-hampir bermimpi untuk menjadi tuhan. Malah saat berangan menjadi tuhan, dia akhirnya menjadi lebih ketakutan, lanmtas memilih lebih baik diri disambar geledek.
Akhirnya, setelah berangan-angan dan membuat perbandingan, dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri.. iaitu orang yan g biasa-biasa sahaja serta hidup sederhana.
PSS : Saya banyak mendapat komentar dari para teman tentang cerita apa yang dipaparkan oleh Serat Jayengbaya ini yang saya kutip dalam 7 babak menariknya yang lalu. Ramai yang tak faham. sengaja saya hadirkan ulasannya pada pengakhiran babak agar kita dapat sama-sama belajar menghayatinya dengan tembang penuh misteri. Selamat menghayati Karya Falsafah Silam yang amat berharga ini...
JAYENGBAYA membuktikan bahawa kesedrhanaan dalam hidup itu yadalah mencerminkan kebahagiaan jiwa raga yang berkekalan....
"Tidak jadi, tidak sudi, berat orang jadi nirbita, gerangan baik menjadi bentara, dasar telah diberi wewenang, merampas segala barang larangan, apabila rukun, dapat ganti wang tebusan, katanya ; ketimbang rosak."
Berfikir menjadi nirbita mahupun pejabat lain bererti banyak melakukan tugas yang bertentangan dengan hati rakyat, jayengbaya akhirnya memilih hasrat hidup yang lain. Namun, ternyata semua ada sisi buruknya. Ia bingung dan lelah berkhayal, Kerana tidak ada putusnya, walaupun berkhayal jadi tuhan yang mahamulia. Katanya, tuhan itu hidup tanpa waktu, tanpa tempat tinggal. Ia pun ketakutan dan merasa lebih baik disambar geledek sahaja. Pada akhirnya, jayengbaya menerima hidup apa adanya. Ia malah bersyukur kepada tuhan yang maha baik bahawa ia tidak menjadi orang-orang dalam khayalannya tadi.
howek cuh (melukiskan orang muntah) taidak sudi aku jadi algojo, lebih baik jadi nirbita (nama pasukan tentera kasunan surakarta) sahaja, asal berhati kuat, enggan segan dihindarkan, kerana sendi-sendi karyaku, memegang kuat-kuat orang tidak terbelenggu, agar tidak dapat melepaskan dirinya.
Akan tetapi biasanya yang sedang berada, menjauh, tidak senang kepada orang sengsara, tidak sekali-kali akrab, merasa sepele membujuk orang hina, tak ada manafaatnya, ertinya kedua-duanya si kaya dan si miskin.
Terus-terus berkhayal, hingga jayengbaya ingin jadi algojo, kerana fikirnya boleh dipandang berkuasa dengan berani memotong leher orang. Apalagi ia berfikir dirinya laksana tuhan maha agung sahaja, berkuasa membuat maut. Namun lambat laun ia sedar tidak tahan melihat darah dan takut dikejar-kejar korbannya lewat mimpi.
Dasar miskin tidak kaya, asal tampak bangsawan, menurut kemauannya sendiri, apabila tidak ku turut, aku sudah senang akan rupanya, jika kuturut akibatnya, tidak urung tidak aman tambah rosak. Menyedari menikah kerana si isteri kaya tidaklah nyaman, ia pun berkhayal dirinya sendiri yang akan menjadi saudagar kaya.
"Ini kota luka. Kota duka. Kota yang hitamnya bernganga seperti lelangit mulut panas sang naga. Kota yang sudut-sudutnya ditenun oleh bayangan kelam bagai jaring sepuhan sang labah-labah. Adakah kau lihat malam kian turun di hamparan kota? Ini kota yang berongga. Kota bergelimang dosa. Tanpa nama. Tanpa makna. Tanpa kata...."
"Di sini, di mana 'aku dan 'kau' tiada... Begitu erat, sehingga tanganmu di atas dadaku adalah tanganku... Begitu erat, sehingga ketika kau tertidur, kelopak mataku lah yang tertutup...."
Lain dengan bibit orang kecil, hasil ajarannya tidak mau akan penderitaan, namun ada juga pamrihnya, dapat diajak bekerja, gotong-royong istilahnya, sedang orang kawin dengan raden ayu, apabila sang nasib sedang tidak baik.
"Enak menghamba belanda, emoh (tidak ingin) residen, tidak mahu pula yang merdeka. Enak mengabdi belanda rendahan, pekerjaannya hanya menggosok barang, upahnya diberikan tiap pekan, lagi pula memperoleh sepatu beklas, celana serta kemeja."
Setelah menimang-nimang tidak enaknya mengabdi pada bangsa lain, ia berubah-ubah pendapat, hingga akhirnya sempat pula berkhayal jadi bangsawan dengan cara bernikah dengan raden ayu
"Aku mencintaimu tanpa mengerti... bagaimana... sejak bila... atau dari mana... Aku mencintaimu dengan sederhana.... tanpa kebimbangan... tanpa juga kesombongan... Aku mencintaimu seperti ini... kerana tidak ada cara lain untuk mencintai..."
Inilah kidung kekerasan dan ketekunan hati, seakan meraban/meracau tanpa mengenal waktu. Waktu yang pada hakikatnya menjadi batas kesusilaan dan keselamatan, kerana itu hati selalu siap waspada, menghadapi peraturan mengenai kerosakan jasmani dan barang dunia fana, harus tahan atau kuat terhadap kemarahan yang dikenakan serta semua penderitaan yang harus diterimanya.